• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

“Saya Akan Bunuh Awak” – Penumpang Dalam Pesawat

oleh Ahmad Albab
04/05/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA penumpang pesawat All Nippon Airways (ANA) dirakam bertumbuk dalam satu pergaduhan sebelum seorang daripadanya ditahan kerana cuba mencekik kru penerbangan tersebut yang cuba meleraikan kedua-duanya.

Memetik laporan NY Post, kejadian berlaku pada pukul 6 petang Isnin waktu tempatan, di Lapangan Terbang Narita di Tokyo bagi penerbangan NH6 ke Los Angeles.

Dalam rakaman tersebut, dua lelaki separuh umur yang memakai kemeja hitam dan kemeja merah dilihat bertengkar dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Dalam permulaan video tersebut, lelaki yang berkemeja merah tersebut dilihat cuba menghentak kepala lelaki berbaju hitam yang duduk di belakangnya, menggunakan topi dan fon kepala.

Seorang lelaki kedengaran menjerit, “Sesiapa tolong (berikan bantuan), lelaki ini gila,” sementara seorang lagi lelaki menjerit, “Aku akan bunuh kau”.

Seorang pramugari cuba meleraikan pergaduhan itu dan kemudiannya berjaya memisahkan mereka.

Bagaimanapun, lelaki berbaju merah itu kembali mencetuskan pergaduhan tidak lama kemudian.

Pramugari tersebut hampir cedera ketika cuba meleraikan kedua-dua penumpang itu buat kali kedua. – Mirror/mStar Online

Tags: Kes Ugutpenumpang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Imigresen Serbu Kuarters Pekerja Warga Asing Awal Pagi

Penumpang Lahirkan Bayi Di Balai Menunggu KLIA

01/01/2024
0

SHAH ALAM - Kakitangan dan orang ramai di Terminal Satu Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berhadapan situasi luar biasa...

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

Pemandu Bas Bahayakan Penumpang Tidak Lagi Dibenar Memandu

20/04/2023
0

KUALA LUMPUR - Pemandu bas yang ingkar peraturan jalan raya sehingga membahayakan keselamatan penumpang akan diambil tindakan tegas termasuk tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd