• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, July 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Cadang Laksana Kaedah Pengampunan Diyat

oleh AK-47
02/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Jemaah Pengampunan Pahang bercadang mengguna pakai kaedah pengampunan daripada keluarga mangsa mengikut undang-undang Islam atau diyat sebagai alternatif terhadap banduan yang berhadapan hukuman mati bagi sabitan membunuh.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah kaedah itu yang dipercayai tidak pernah dilaksanakan di negeri lain sudah dibincangkan pada mesyuarat lembaga jemaah pengampunan.

“Kaedah ini dapat memberi peluang kepada banduan supaya tidak dikenakan hukuman mati, tetapi sebagai balasan digantikan dengan hukuman lain yang bersesuaian dan mengikut pendapat keluarga mangsa.

“Ini pendekatan yang ada dalam undang-undang Islam dan cadangan ini apabila diputuskan adalah bertepatan dengan syariah Islam. Boleh berbincang semula dengan keluarga mangsa. Perkara ini bergantung juga kepada kes yang dihadapi.

“Sekurang-kurangnya ia adalah alternatif. Sama-sama kita fikirkan adakah ia baik tetapi daripada sudut syariat, ia adalah dibenarkan,” titah baginda kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pentauliahan Peguam Syarie Negeri Pahang di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Pahang (MUIP), Datuk Seri Abdul Wahid Wan Hassan dan Pengerusi Pertubuhan Peguam Syarie Pahang, Mohamad Sazali Abdul Aziz.

Baginda bertitah diyat juga sesuai untuk dipraktikkan kepada bangsa-bangsa lain, tidak tertakluk kepada orang Islam semata-mata, bagi menunjukkan ketinggian dan kebaikan agama Islam.

Sementara itu, Tengku Abdullah dalam dalam titah ucapan baginda mengingatkan peguam syarie untuk mematuhi peraturan undang-undang Islam dan etika serta amalan sebagai peguam syariah kerana mereka adalah sebahagian daripada komponen perundangan Islam.

“Saya nasihatkan supaya semua berusaha bersungguh-sungguh menjaga nama baik profesion ini. Pelihara martabat dan kehormatan perundangan Islam.

“Jalankan tugas dan peranan dengan baik demi menegakkan keadilan supaya rakyat sentiasa terbela dan mendapat hak serta pembelaan yang sepatutnya,” titah baginda.

Tengku Abdullah bertitah sebagai golongan yang arif dengan perundangan Islam, peguam syarie juga seharusnya memainkan peranan turun ke peringkat akar umbi bagi memberi penjelasan tentang kekeliruan berkaitan undang-undang Islam.

“Peguam syarie juga perlu memainkan peranan memberi input yang sesuai kepada pihak berkenaan yang membolehkan penambahbaikan dapat dilaksanakan seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan bagi kebaikan masyarakat,” titah baginda.

Pada majlis itu, seramai 89 peguam syarie yang menjadi pengamal syarie di Pahang sejak 1991 menerima pentauliahan mereka, termasuk Pengerusi Jawatankuasa Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia Pahang Datuk Shahaniza Shamsuddin.

Berdasarkan statistik, pada masa kini terdapat 202 peguam syarie yang berdaftar di bawah MUIP sejak tahun 1991 hingga tahun lalu. – BERNAMA

Tags: PahangTengku Abdullah Sultan Ahmad Shah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd