• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Termasuk Wanita Laos Ditahan Miliki Dadah

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Seorang wanita Laos adalah antara empat individu yang ditahan dalam dua serbuan kerana miliki dadah bernilai lebih RM80,000 di sini bulan lepas.

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Roslee Chik berkata mereka yang berusia antara 23 dan 53 tahun ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang di sebuah pangsapuri di Jalan Pantai Sinaran, Gelugor pada 9.15 malam 27 April lalu.

Beliau berkata ketiga-tiga lelaki tempatan terbabit didapati positif methamphetamine.

“Dadah yang ditemukan itu merupakan ketamin seberat 0.89 kilogram; heroin dalam dua plastik; 20 biji pil ekstasi dan dan 120 biji pil yaba yang semuanya bernilai RM42,575,” katanya pada sidang akhbar hari ini.

Roslee berkata sehari kemudiannya seorang daripada lelaki yang ditahan itu turut membawa polis ke sebuah makmal pemprosesan dadah di sebuah rumah kedai dua tingkat di Lebuh Melayu.

Beliau berkata dalam satu lagi serbuan, pihak polis merampas dua paket serbuk dadah seberat berat 1,797 gram; 45 paket kafein dengan anggaran berat 20.4 kilogram dan peralatan pemprosesan dadah yang kesemuanya kira-kira RM37,800.

“Dadah yang dirampas dalam kedua-dua serbuan itu bernilai lebih RM80,000 dan polis percaya dadah itu merupakan bekalan untuk pasaran tempatan,” katanya.

Roslee berkata polis turut menyita empat jam tangan berjenama; barang kemas; wang tunai RM41,750.00 dan mata wang Thailand 800,000 bath; beberapa jenis kenderaan antaranya dua motosikal Harley Davidson, sebuah motosikal Kawasaki z800, sebuah kereta Mercedez Benz, sebuah Toyota Sienta dan sebuah Proton Preve dengan nilai keseluruhan harta yang disita melebihi RM676,000.

Beliau berkata kesemua yang ditahan itu kini direman sehingga 4 Mei untuk siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – BERNAMA

Tags: kes dadahwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd