• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

62 Pengamal Media, Bomba Lakar Sejarah Tawan ABC

oleh Ahmad Albab
02/05/2017
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKHARA – Seramai 62 pengamal media dan anggota serta pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya melakar sejarah menawan Kem Pangkalan Annapurna (ABC), Nepal, pada ketinggian 4,130 meter, Ahad lepas.

Peserta pertama berjaya tiba pada 11.20 pagi waktu tempatan (Ahad) selepas bertolak dari Kem Deurali pada 7.30 pagi (Ahad) sebelum kesemua peserta berjaya tiba dengan selamat pada 2 petang, dengan ‘disambut’ salji.

Ribut salji dan trek licin dengan suhu sejuk mencecah negatif lima darjah celsius semasa pertengahan pendakian semalam tidak mematahkan semangat peserta meneruskan misi Cabaran Annapurna 2017 Media dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Ia sekali gus bakal mencatat sejarah dalam Malaysia Book Of Records bagi kategori peserta paling ramai dari Malaysia berjaya menawan ABC.

Kejayaan itu disambut dengan pelbagai emosi oleh setiap peserta sehingga ramai yang mengalirkan air mata kegembiraan kerana tidak menyangka dengan pencapaian tersebut selain berkongsi pengalaman yang ditempuh sepanjang perjalanan.

Ekspedisi kali ini juga menyaksikan kumpulan ini mengibarkan Jalur Gemilang gergasi bersaiz 6 x 12 meter, seberat 11 kilogram di ABC, selain menyanyikan lagu Negaraku dan Jalur Gemilang.

Ketua ekspedisi Fazli Ahmad berkata kejayaan ini merupakan sesuatu yang amat membanggakan memandangkan peserta ekspedisi terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang pekerjaan.

“Pada peringkat awal semasa kami merancang untuk mengadakan ekspedisi ini lapan bulan lalu, ramai yang meragui kemampuan anggota jawatankuasa dan peserta sendiri untuk menjayakan misi ini.

“Namun hasil kerjasama berpasukan, semua peserta tanpa mengira kerjaya iaitu pengamal media, bomba, dan pasukan perubatan, kami berjaya sampai selepas menempuh perjalanan sejauh 41 kilometer sepanjang empat hari ekspedisi,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kumpulan itu yang terdiri daripada 31 pengamal media serta 21 anggota dan pegawai bomba dan lima wakil Kementerian Kesihatan Malaysia dan lima lagi wakil belia memulakan pendakian pada Khamis lepas. – BERNAMA

Tags: mediaNEPAL
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

Istana Arau Jadi Tumpuan Media, Menanti Istiadat Angkat Sumpah MB Baharu

28/12/2025
0

ARAU - Istana Arau di sini menjadi tumpuan pengamal media, dipercayai bagi membuat liputan istiadat mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar Perlis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd