• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemilik Ladang Terima 8 Jahitan Dibelasah Pencuri

oleh
01/05/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Sudahlah kerugian lebih RM1,000 akibat mangga harum manisnya yang belum matang dipetik pencuri, tuan ladang berkenaan turut menanggung derita dibelasah pencuri hingga menerima lapan jahitan di dahi.

Kejadian berlaku di ladang harum manis di Kampung Simpang, Sanglang di sini, bila Termidzi Tafadzol, 38, cuba mengejar dua pencuri tersebut hingga berlaku pergelutan dengan mereka.

Menceritakan peristiwa itu hari ini, Termidzi berkata, “Semasa kejadian kira-kira 4.30 petang Isnin lepas, pekerja saya yang berada di bendang bersebelahan ladang harumanis melihat dua lelaki tidak dikenali tiba-tiba berada di kawasan sekitar lalu menelefon saya di rumah.

“Saya bergegas ke ladang dan apabila sampai, dua lelaki berkenaan cuba melarikan diri. Saya mengejar mereka sejauh 100 meter sebelum berlaku pergelutan antara kami dan saya dipukul dengan sebatang kayu dan sebilah buluh,” katanya kepada pemberita.

Pemilik ladang seluas 1.68 hektar itu dipukul di bahagian kepala dan badan.

Dia mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

Termidzi berkata kedua-dua lelaki berkenaan dapat melarikan diri dan meninggalkan dua guni berisi harumanis di ladangnya.

“Walaupun kedua-dua mereka gagal melarikan harumanis itu, saya tetap mengalami kerugian. Harumanis seberat 50 kilogram yang dipetik dari tiga pokok, belum matang,” katanya.

Kerugian dianggarkan RM1,250, kata peladang itu.

Ketua Polis Daerah Kangar, Supt Wari Kiew ketika dihubungi berkata kedua-dua suspek yang juga penduduk kampung berdekatan ditahan pada hari yang sama.

“Suspek berusia 21 dan 25 tahun ditahan di Balai Polis Simpang Empat di sini selepas membuat laporan yang kononnya mereka dipukul pemilik ladang harumanis itu.

“Kedua-dua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 379 dan 324 Kanun Keseksaan,” katanya. – BERNAMA

Tags: diserangpencuri
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

Wartawan Diserang 2 Individu, Dirakam Video

25/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Wartawan veteran dan pengasas TwentyTwo13, Haresh Deol, diserang dua individu ketika ingin masuk ke dalam keretanya di Bangsar,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd