• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Mengambil Beratus Penoreh Getah Dari Kerala

oleh Ahmad Albab
01/05/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NEW DELHI – Syarikat perladangan Malaysia mengambil beratus-ratus penoreh getah dari negeri Kerana, India dengan tawaran gaji yang lebih tinggi.

Langkah pengambilan itu dibuat ketika keadaan perniagaan yang sukar dalam industri getah India di mana kejatuhan harga komoditi tersebut telah menyebabkan pembuangan pekerja.

“Syarikat Malaysia menawarkan gaji lebih tinggi dan keadaan kerja yang lebih baik kepada penoreh getah dari India,” kata Noushad Abdul Khayoom dari syarikat pengambilan pekerja Planners Group International kepada Bernama.

Beliau mengambil pekerja untuk sebuah syarikat Malaysia yang memerlukan 200 pekerja dalam tempoh beberapa bulan akan datang, tetapi tidak semuanya dari India.

“Banyak ladang Malaysia mengambil pekerja dari Kerala, tetapi mereka juga mahu pekerja dari pelbagai negara,” kata Noushad.

Penoreh getah dari negeri di selatan India itu boleh memperoleh antara RM1,050 hingga RM1,500 sebulan (kira-kira Rs 500 hingga Rs 700 sehari) sebelum permintaan terhadap pekerja jatuh dan ramai beralih kepada industri lain.

Pekerja Kerala di Malaysia boleh mendapat gaji lebih dua kali ganda daripada apa yang diperoleh di India di samping keadaan kerja yang lebih baik, kata Noushad .

Sebuah akhbar India melaporkan yang prospek kehilangan pekerja berpengalaman kepada Malaysia menjadikan ladang tempatan gelisah kerana negeri tersebut hanya mempunyai 77,000 penoreh getah berdaftar berbanding 150,000 yang diperlukannya. – BERNAMA

Tags: getah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peneroka Bawa Tandan Sawit Protes Di Luar Parlimen

04/11/2019
0

KUALA LUMPUR - Sekumpulan pekebun kecil dan peneroka Felda berhimpun di luar bangunan Parlimen hari ini mendakwa Kementerian Industri Utama...

Harga Pasaran Getah Malaysia Ditutup Tinggi

07/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Pasaran getah Malaysia meningkat hari ini berikutan jangkaan peningkatan penghantaran tayar Amerika Syarikat (AS) bagi 2018. Seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd