• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370 Dan MH17: Najib Rakam Penghargaan Komitmen Australia

oleh AK-47
07/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merakamkan penghargaan terhadap kesudian dan komitmen Australia membantu   Malaysia dalam mendepani tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan  MH17.

Beliau berkata semasa berdepan dengan waktu sukar itu, wujud sinar harapan dan sinar harapan itu datangnya daripada rakan-rakan Malaysia, khususnya Australia.

“Saya ingin katakan sekali lagi bahawa kami terhutang budi kepada Perdana Menteri Tony Abbott, kerajaan Australia dan rakyat Australia atas kesudian dan komitmen tinggi untuk membantu kami mencari pesawat itu,” katanya pada sesi khas bersama anggota pasukan  Malaysia yang terbabit dalam operasi bagi kedua-dua tragedi.

Sesi khas itu yang turut dihadiri Abbott, disertai kira-kira 30 pegawai  daripada pelbagai agensi di bawah Kementerian Pengangkutan, Kementerian Pertahanan, Jabatan Penerbangan Awam dan Majlis Keselamatan Negara.

Abbott tiba di sini hari ini untuk lawatan rasmi sehari di Malaysia, lawatan pertama beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri Australia pada 18 Sept tahun lepas.

Najib berkata kedua-dua negara akan terus bekerjasama rapat dan Insya-Allah, satu hari nanti pesawat MH370 akan dapat ditemui.

“Kami bertangggungjawab dalam soal ini kepada anggota keluarga, kami sentiasa menekankan perkara ini dan kami tidak akan berhenti sehingga kami selesai mencari di lautan dan menemukan pesawat itu,” katanya.

Beliau berkata sesi hari ini juga bertujuan untuk merakamkan penghargaan dan terima kasih beliau kepada pegawai Malaysia yang terbabit dalam operasi pencarian MH370 dan MH17.

Penerbangan MH370 hilang daripada radar pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 227 penumpang dan 12 anak kapal.

Pesawat Boeing 777 itu masih belum ditemui walaupun pencarian besar-besaran telah dilakukan di selatan Lautan Hindi, berhampiran Perth, tempat pesawat itu dipercayai berakhir.

Penerbangan MH17 pula terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai apabila ditembak jatuh di negara bergolak itu ketika dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dengan 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Selain 43 penumpang dan anak kapal warga Malaysia, penumpang pesawat itu turut terdiri daripada warga Belanda, Australia, Indonesia, United Kingdom, Jerman, Belgium, Filipina, Kanada dan New Zealand.  – BERNAMA

Tags: MH17MH370Najib Tun RazakTony Abbott
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd