• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Matlamat Kerajaan Pertingkat Hidup Golongan Pekerja

oleh Ahmad Albab
30/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai matlamat untuk menaikkan taraf hidup dan kebajikan golongan pekerja Malaysia.

Presiden MCA, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, kerajaan BN menerapkan pelbagai usaha untuk memperlengkapkan landasan kerja yang kukuh buat golongan tersebut.

Bagaimanapun, katanya, pasti akan wujud golongan pembantah dan bersikap skeptik terhadap segala usaha yang dilakukan kerajaan tersebut.

“Sudah tentu akan wujud golongan pembantah serta tidak bervisi atau berpandangan jauh dalam kepentingan usaha kerajaan melindungi tenaga kerja Malaysia sambil mencapai pembangunan ekonomi.

“Bagaimanapun, saya menaruh kepercayaan kita berada di landasan yang teguh demi membangunkan sebuah negara yang kompetitif dan maju melalui usaha yang diterajui kerajaan demi feadah rakyat,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini bersempena sambutan Hari Pekerja esok.

Tiong Lai yang juga Menteri Pengangkutan memberi contoh pencapaian ekonomi Malaysia berada di tangga ke-11 daripada 138 negara bagi sektor pengangkutan berdasarkan `World Economic Forum’s Global Competitiveness Report 2016-2017′.

Menurut beliau, pencapaian tersebut berjaya dirangkul negara berdasarkan perkembangan pantas dan usaha peningkatan infrastruktur pengangkutan Malaysia.

“Kejayaan perkembangan ekonomi Malaysia adalah hasil sumbangan dan penat lelah rakyat Malaysia. Walaupun berhadapan dengan cabaran dan kekangan global, rakyat Malaysia tetap bersatu teguh dan penuh beriltizam demi mengatasi halangan yang mendatang,” katanya. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Liow Tiong Lai
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRK DUN Balakong: MCA Yakin Dapat Undi Melayu Dan India

06/09/2018
0

KUALA LUMPUR – MCA yakin parti itu tetap akan mendapat undi kaum Melayu dan India pada Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Mana-Mana Ahli MCA Boleh Bertanding Jawatan Tertinggi

29/08/2018
0

KAJANG - Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau menghormati hak mana-mana ahli parti yang mahu bertanding bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd