• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jangan Lapor Berita Jahil, Provokasi Dan Tahyul

oleh
02/05/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail menyaran pengamal media agar tidak melayani sebarang publisiti dengan menyediakan laporan yang mencerminkan kejahilan, provokasi, tahyul dan informasi tidak berkualiti.

Baginda bertitah sebaliknya media berperanan menyediakan berita yang memberi fokus kepada informasi yang mampu mendidik masyarakat menjadi berilmu, bersahsiah dan memberi inspirasi ke arah generasi yang berminda kelas pertama.

“Berita dan publisiti yang tidak berkualiti banyak merugikan masa rakyat, memalukan negara, dan mencetekkan akal fikiran manusia sehingga dunia sekarang banyak berlaku salah faham tentang banyak hal.

“Salah faham itu juga termasuk yang melibatkan kesucian dan kebenaran agama Islam. Ia bukan sahaja ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam, malah diburukkan lagi oleh informasi yang tiada nilai lalu menjadikan rakyat jahil, pemimpin serta manusia yang rosak dan mengikut hawa nafsu,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian ketika merasmikan program Perkampungan Sunnah Siri Keempat di Masjid Alwi, di sini malam tadi.

Turut berangkat pada majlis tersebut Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Shahidan Kassim dan Exco Agama dan Sumber Manusia Negeri, Khairi Hassan.

Program itu bertujuan memberi peluang kepada rakyat untuk sama-sama menimba ilmu dalam suasana harmoni dan sejahtera selain memupuk nilai masyarakat dengan ketinggian ilmu dari aspek kehidupan, sama ada dari sudut ibadah khusus mahupun sains.

Baginda bertitah program perkampungan sunnah kali ini juga mengangkat martabat keilmuan dan sarjana para imam mujtahid terdahulu yang telah mencapai tahap yang tinggi dalam menyelesaikan pelbagai masalah umat.

“Semua kaedah, tafsiran, pandangan, dan hujah imam mujtahid ini kita raikan dan kita nilai secara kritis dengan melihat perkembangan ilmu dan teknologi semasa untuk diterima pakai sesuai dengan situasi dan masalah umat pada hari ini.

“Dalam meraikan kepelbagaian mazhab, kita hendaklah bebas daripada sikap melampau dalam beragama kerana walaupun agama Islam tegas dalam prinsip dan akidah, tetapi ia sangat fleksibel dan memberi kemudahan kepada keperluan umatnya,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Laporan BeritaRaja PerlisTuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

RUU Mufti WP: Raja Perlis Tak Berkenan Nama Majlis Raja-Raja Digunakan

10/07/2024
1

Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Tuanku Syed Putra Jamalullail bertihah bahawa baginda tidak berkenan nama Majlis Raja-Raja digunakan dalam usaha...

Hafizul Dipercayai Mahu Larikan Diri Ke Makkah Melalui Thailand – Polis

Peniaga Ketam Didakwa Hina Raja Perlis

16/04/2024
0

KANGAR: Seorang peniaga ketam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini atas pertuduhan menghantar komunikasi jelik terhadap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd