• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Dera: Pembantu Warden Tahfiz Direman Semula

oleh
29/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Pembantu warden lelaki di sebuah pusat tahfiz swasta di sini yang ditahan kerana disyaki mendera seorang pelajar pusat itu sebelum ini, direman semula hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata reman dikeluarkan oleh Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan suspek disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Reman tujuh hari itu bermula hari ini hingga 3 Mei depan,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sebelum ini, suspek direman empat hari mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, sebelum disambung lagi tempoh remannya selama tiga hari.

Lelaki berusia 29 tahun itu ditahan di rumahnya di Felda Lok Heng Barat, Kota Tinggi pada pukul 4 petang Sabtu lepas selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Dalam kejadian berkenaan Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, dipukul dengan paip getah hingga menyebabkan kecederaan pada kedua-dua kakinya.

Mohamad Thaqif Amin kemudian dipotong kedua-dua belah kaki hingga paras paha akibat dijangkiti kuman setelah dipercayai didera oleh pembantu warden berkenaan.

Mangsa meninggal dunia pada pukul 2.05 petang Rabu lepas di Hospital Sultan Ismail di sini dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Aping Timur, pada malam hari yang sama. – BERNAMA

Tags: Mohamad Thaqif Amintahfizwarden
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

NGO Desak KP Pendidikan Tinggi Mohon Maaf Kepada Institusi Tahfiz

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) mendesak Ketua Pengarah Pendidikan Tinggi menarik balik kenyataan yang didakwa mengelirukan berhubung kedudukan...

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

Jangan Sempitkan Isu UEC, Lihat Juga Sekolah Tahfiz – Wan Mahussin

15/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan Pemuda UMNO Jeli, Wan Mahussin Wan Zain mendakwa isu kemasukan lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd