• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taufan Hagupit Bergerak Tinggalkan Filipina

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Taufan Hagupit yang semakin perlahan bergerak meninggalkan Filipina semalam selepas membunuh sekurang-kurangnya 28 orang di wilayah timur dan tengah negara itu selain menyebabkan 1.6 juta penduduk hilang tempat tinggal.

Biro kaji cuaca menyatakan, Hagupit membawa hujan dan angin sederhana ke ibu kota Filipina di sini selama semalaman dan dikategorikan sebagai ribut tropika apabila tiupan angin paling laju merosot kepada 45 kilometer sejam ketika menuju ke laut.

Tiada laporan banjir di bandar raya ini yang dihuni oleh 12 juta orang, namun pihak berkuasa menutup sementara sejumlah sekolah, bangunan kerajaan dan bursa saham sebagai langkah berjaga-jaga.

Biro kaji cuaca memberitahu, Hagupit diramal meninggalkan sepenuhnya wilayah Filipina esok.

Taufan berkenaan membadai pantai timur Pulau Samar yang terletak 560 kilometer ke tenggara kota raya ini pada Sabtu lepas. Ribut itu memusnahkan lebih 30,000 buah rumah, menumbangkan sejumlah pokok dan tiang elektrik serta merosakkan sebahagian infrastruktur utama.

Beberapa jalan raya juga tidak dapat dilalui akibat banjir, pokok atau tiang elektrik tumbang tetapi pekerja kecemasan telah membersihkan sebahagian besar halangan itu bagi membolehkan bekalan dihantar ke kawasan-kawasan yang terjejas.

Hagupit merupakan antara taufan terkuat yang melanda Filipina sejak Taufan Super Haiyan mendatangkan kemusnahan besar di beberapa wilayah di timur dan tengah Filipina dengan menyebabkan lebih 7,300 orang terbunuh dan empat juta yang lain hilang tempat tinggal. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=LgXyYOqSzCM

Tags: FilipinaTaufan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

Lagi Individu Kena Siasat Didakwa Sebar Berita Palsu Diesel kepada Filipina

18/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) meneruskan tindakan terhadap pihak yang disyaki menyebarkan berita palsu berhubung pembekalan...

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

Isham Jalil Mahu Buat Laporan Polis Terhadap MCMC – ‘Posting’ Berkenaan Isu Diesel Kena Sekat, Siasat

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Isham Jalil memaklumkan beliau akan membuat laporan polis terhadap Suruhanjaya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd