• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Adenan: Regatta Sarawak Pupuk Perpaduan Kaum

oleh AK-47
06/09/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Regatta Sarawak berperanan menjadi antara temasya unggul dalam memperkenalkan Sarawak yang penduduknya terdiri daripada  pelbagai suku kaum dan mengamalkan pelbagai budaya tetapi dapat hidup dengan harmoni dan aman damai, kata Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem.

Beliau berkata temasya yang diperkenalkan sejak era pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 itu akan diteruskan sebagai acara tahunan sebagai mengekalkan keaslian budaya yang masih diwarisi oleh masyarakat Sarawak sehingga ke hari ini.

“Ia pasti menjadi tarikan utama kepada pelancong tentang keunikan yang masih ada di negeri Sarawak, di samping mereka menghayati keindahan fenomena yang terdapat di sepanjang Sungai Sarawak,” kata Adenan ketika berucap merasmikan Regatta Sarawak 2014 di sini, hari ini.

Beliau berkata keistimewaan, keunikan dan kesatuan dalam kepelbagaian warisan dan budaya yang ditonjolkan sempena Regatta Sarawak telah berjaya menarik lebih ramai kehadiran pelancong ke negeri ini setiap  tahun.

Katanya, di samping perlumbaan perahu panjang dan lumba perahu naga  antarabangsa, temasya itu turut dimeriahkan dengan pameran, jualan dan menjadi titik pertemuan pelbagai lapisan masyarakat dari seluruh negeri ini.

“Ia telah mengetengah kepelbagaian budaya masyarakat di negeri  Sarawak yang terdiri daripada pelbagai suku kaum dan seterusnya mewujudkan  semangat perpaduan, toleransi dan muhibah,” kayanya.

Adenan berkata, matlamat asal Regatta Sarawak ketika diperkenalkan oleh pemerintah Rajah Brooke pada tahun 1872 adalah untuk memupuk semangat  setia kawan dan menghentikan pembunuhan antara suku kaum di negeri ini ketika itu.

Acara pelumbaan perahu naga antarabangsa yang bermula hari ini disertai 20 pasukan termasuk 10 pasukan luar negara, iaitu Dragon Hunters Newscastle dari Australia, Canadaian Dragons (Kanada), Hong Kong Freedom (Hong Kong), University of Macau, Brunei Darussalam, Kementerian Pembangunan Negara Singapura, Polytechnic Singapore, Filipino Dragons, De La Salle University Dragon Boat Team dan Bugsay Boracay dari Filipina, Nonthaburi Municipality (Thailand),  Chinese Taipei dan PODSI (Indonesia).

Enam pasukan dari Malaysia ialah Sabah Tanjung Papat dari Sandakan,  Pink Challengers (Putrajaya), Penang Municipal Park Rowing Club (Pulau Pinang), JB Speed (Kedah), Federation of Kuching and Samarahan  Divisions Chinese Associations dan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU).

Turut diadakan acara renang Brooke yang dijuarai oleh  bekas perenang negara ke Sukan SEA 1991 dan 1995) Teo Ah Hwa, sementara juara tahun lalu Ho Chai Hee di tempat kedua dan tempat ketiga menjadi milik Azahari Azman. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd