• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Agrofest Perak Pada Hari Terbuka Armada Inisiatif Unik

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Penganjuran Agrofest Perak buat julung kalinya pada Hari Terbuka Armada di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini bersempena sambutan Hari TLDM ke-83 merupakan inisiatif unik, kata Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Beliau berkata penganjuran Agrofest Perak serta Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) mini merupakan antara pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) yang mampu memberi manfaat kepada rakyat terutama daripada aspek pertanian.

“Ini adalah program unik yang merupakan satu prespektif baharu agar idea berkaitan dengan pertanian dan nelayan tidak hanya tertumpu dengan kelompok itu sahaja.

“Malah, program Hari Terbuka Armada sebegini dapat memberi peluang kepada orang luar melihat kehidupan anggota keselamatan khususnya TLDM dalam menjaga perairan negara,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Armada 2017 di sini, hari ini.

Hari Terbuka Armada diadakan selama tiga hari mulai hari ini dari 9 pagi sehingga 10 malam dan orang ramai berpeluang melihat serta mendekati aset TLDM termasuk Kapal Diraja (KD) Kelantan, KD Hang Tuah, KD Mutiara, KD Kinabalu dan KD Jerai.

Panglima TLDM Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata idea untuk menganjurkan MAHA mini pada Hari Terbuka Armada tercetus apabila melihat kejayaan penganjuran acara sama di Serdang, Selangor hujung tahun lalu.

Beliau berkata idea berkenaan kemudian mendapat persetujuan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

“Ramai anggota di pangkalan tidak berkesempatan pergi ke MAHA di Serdang kerana lokasinya yang sedikit jauh dan penganjuran di sini memberi peluang kepada mereka untuk melihat sendiri hasil industri pertanian negara kita.

“Orang juga boleh melihat sendiri peranan TLDM, melihat kapal TLDM dan demonstrasi yang disediakan,” katanya sambil menambah lebih 60,000 orang disasar berkunjung ke Hari Terbuka Armada. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd