• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hujan Lebat, Suhu Sejuk Antara Cabaran Pertama

oleh AK-47
28/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

POKHARA – Hujan lebat secara tiba-tiba di pertengahan jalan dan suhu mencecah 22 darjah celsius pada pendakian hari pertama antara cabaran misi Annapurna 2017 Media dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Bagaimanapun, persiapan rapi setiap peserta cabaran tersebut berjaya diatasi dan kesemua peserta selamat tiba di Jhinudanda merupakan tempat rehat hari pertama setelah mengharungi pendakian kira-kira enam jam.

Sebelum itu, kumpulan dianggotai 62 pengamal media, anggota dan pegawai JBPM memulakan pendakian dari Siwai berketinggian 1,300 meter pada 11 pagi waktu tempatan.

Hujan lebat dan petir di Aufue Danda kira-kira 2 petang waktu tempatan menyebabkan sebahagian peserta ekspedisi terpaksa berteduh lebih sejam sebelum memulakan kembali pendakian.

Menurut ketua pendaki Mohd Fakrhrul Munir Mohd Isa perubahan suhu merupakan antara cabaran lazim yang terpaksa dihadapi pendaki yang hendak ke Kem Pangkalan Annapurna, Nepal.

“Cuaca memang sukar dijangka kerana ia boleh berubah pada bila-bila masa. Oleh itu, kami telah mengingatkan para peserta supaya membuat persiapan rapi sebelum memulakan pendakian termasuk menyediakan jaket dan baju hujan,” katanya.

Ekoran itu, beberapa peserta ekspedisi dilaporkan tidak sihat termasuk mereka yang mula menunjukkan simptom penyakit akut ketinggian (AMS).

Ekspedisi pada hari kedua esok akan menuju ke Bamboo yang terletak pada ketinggian 2,400 meter dan dijangka lebih mencabar dengan pendakian mengambil masa lapan jam.

Mohd Fakrhrul berkata peserta akan berdepan dengan laluan tangga yang lebih banyak dan menegak dan ia melibatkan perjalanan sejauh 15 kilometer.

“Esok, suhu akan menurun 15 hingga 10 darjah celsius dan ini akan menguji ketahanan mental dan fizikal peserta,” katanya. – BERNAMA

Tags: pendaki
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd