• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Skuad Pelapis Ungguli Kejohanan Boling Remaja

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pemain pelapis kebangsaan masing-masing muncul juara kategori lelaki dan wanita pada Kejohanan Boling Remaja Kebangsaan Milo 2017 di Sunway Mega Lanes, Bandar Sunway, hari ini.

Bagi kategori lelaki, Wan Muhammad Naqib Norazizan menepati ramalan muncul juara setelah melakukan 1,781 jatuhan pin, menewaskan Tun Ameerul Luqman Al-Hakim di tempat kedua dengan 1,732 jatuhan pin.

Pingat gangsa diraih seorang lagi pemain pelapis kebangsaan, Mohd Hafiz Zainuddin yang hanya ketinggalan 14 pin di belakang Tun Ameerul.

“Syukur dengan kemenangan ini. Saya amat berpuas hati dengan permainan saya pada hari ini yang boleh dikatakan konsisten daripada pusingan pertama hingga kelapan.

“Dengan kejayaan ini, ia menaikkan semangat saya untuk terus beraksi cemerlang dan akan berusaha memasuki skuad elit kebangsaan,” kata Wan Muhammad Naqib kepada pemberita selepas tamat permainan.

Dalam kategori wanita, Nora Lyana Nastasia Norkamal mempamerkan aksi cemerlang dengan menjatuhkan 1,763 jatuhan pin untuk selesa di kedudukan teratas.

Pingat perak diraih pemain daripada Persatuan Boling Amatur Sarawak (ABAS), Jocelyna Judith Jonathan yang melakukan 1,678 jatuhan pin.

Aksi kurang konsisten Nur Amirah Auni Azman, yang merupakan atlet pelapis kebangsaan, menyaksikan beliau terpaksa akur dengan pingat gangsa setelah hanya melakukan 1,640 jatuhan pin keseluruhan.

“Persaingan sangat sengit dengan Jocelyna mengikuti rapat di belakang saya sejak awal permainan.

“Saya berusaha kekalkan momentum dengan tidak melakukan kesilapan mudah dan akhirnya saya berjaya menjadi juara,” katanya.

Kejohanan Boling Remaja Kebangsaan Milo 2017 adalah sebahagian Kejohanan Boling Kebangsaan yang memasuki edisi ke-41, dan berlangsung selama sembilan hari bermula pada 21 hingga 29 April. – BERNAMA

Tags: boling
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Atlet Boling Pertama Negara Muncul Juara Dunia

01/12/2018
0

TAHNIAH... Jaguh boling negara, Muhammad Rafiq Ismail melakar sejarah apabila muncul juara acara perseorangan lelaki di Kejohanan Boling Lelaki Dunia...

Program Podium Antara Pencetus Kejayaan Saya

29/08/2018
0

SEPANG - Di sebalik kejayaan melakar sejarah serta menempa nama pada Sukan Asia Jakarta-Palembang 2018 dengan meraih pingat emas acara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd