• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, October 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

ASEAN Bimbang Ketegangan Di Semenanjung Korea

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Kesemua 10 negara anggota ASEAN amat bimbang tentang ketegangan yang semakin meningkat di Semenanjung Korea, termasuk tindakan Korea Utara melakukan dua ujian nuklear pada 2016 dan melancarkan peluru berpandu balistik selepas itu, kata para Menteri Luar ASEAN dalam kenyataan hari ini.

“ASEAN sedar bahawa keadaan tidak stabil di Semenanjung Korea memberi kesan serius terhadap rantau ini dan rantau lain,” kata kenyataan itu yang dikeluarkan di ibu negara Filipina ini, tempat para pegawai dan ketua kerajaan negara anggota pertubuhan serantau itu berhimpun untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-30.

ASEAN menggesa dengan sekeras-kerasnya agar Korea Utara mematuhi dan memenuhi tanggungjawabnya terhadap semua Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa Bersatu (UNSC) serta undang-undang antarabangsa yang berkaitan bagi memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa.

ASEAN juga menggesa Korea Utara dan semua pihak berkenaan supaya mengawal perasaan untuk meredakan ketegangan serta mengelak daripada mengambil tindakan yang boleh memburukkan lagi keadaan.

“ASEAN menyokong usaha membebaskan Semenanjung Korea daripada senjata nuklear dan sehubungan itu menyeru agar dialog mengenai Korea Utara disambung semula bagi menghapuskan ketegangan dan mewujudkan keadaan yang boleh membawa kepada tercapainya keamanan dan kestabilan,” kata kenyataan itu. – BERNAMA

Share197Tweet123SendShare

Related Posts

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

UNTAMED Kini Boleh Ditonton, Dokumentari 76 Minit Singkap Sisi Belakang Tabir JDT

22/10/2026
0

Oleh Arshad Khan JOHOR BAHRU – Penantian penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) berakhir apabila dokumentari eksklusif UNTAMED kini boleh ditonton...

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

Siasat Dua Kes Hantaran Berunsur Hasutan, Lelaki 48 Tahun Ditahan

22/10/2026
0

SEREMBAN – Polis Negeri Sembilan sedang menyiasat dua kes berasingan membabitkan penyebaran kandungan media sosial yang disyaki mempunyai unsur hasutan,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd