• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

100,000 Pemandu Teksi, Uber Dan Grab Dilindungi Insurans

oleh AK-47
29/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MARAN – Seramai 100,000 pemandu teksi termasuk Uber dan Grab yang bekerja sendiri akan dilindungi di bawah Skim Bencana Pekerjaan selepas Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri 2017 diluluskan oleh Dewan Negara semalam.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata skim itu akan berkuat kuasa pada 1 Jun ini dan semua pemandu yang berdaftar dengan Suruhahjaya Pengangkutan Darat (SPAD) layak untuk menyertainya.

Katanya, kerajaan memperuntukkan dana sebanyak RM60 juta sebagai permulaan untuk melaksanakan skim insurans persendirian itu.

“Skim ini yang mula diperkenalkan kepada pemandu yang bekerja sendiri itu akan turut diperluaskan kepada sektor lain seperti petani, pesawah, peniaga, peladang, penjual buah dan sebagainya secara berperingkat.

“Sasaran kita adalah supaya semua rakyat di negara ini dilindungi insurans,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Penyampaian Baki Bantuan Banjir di Sekolah Kebangsaan Chenor di sini, hari ini.

Ismail berkata bancian mendapati sebanyak 2.48 juta rakyat di negara ini dikenal pasti terdiri daripada mereka yang bekerja sendiri, membolehkan mereka dikategorikan sebagai layak memiliki perlindungan itu.

Mengulas mengenai skim kepada pemandu teksi itu, Ismail berkata mereka hanya perlu membayar kadar caruman sebanyak 1.25% sahaja daripada pendapatan bulanan mereka.

Kadar bayaran caruman setahun yang perlu dibuat kepadaPertubuhan Keselamatan Pekerja (PERKESO) adalah antara RM157.20 (RM13.10 sebulan) hingga RM592.00 (RM49.40 sebulan) bergantung kepada pendapatan yang diinsurankan.

“Skim tersebut merupakan satu pembelaan kepada golongan pemandu teksi kerana jika kemalangan semasa bertugas mereka akan mendapat pembelaan termasuk kepada keluarga mereka,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Ismail Abdul MuttalibGrabCarTeksiUber
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd