• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Memilih Untuk Lawan PM Di Mahkamah

oleh Ahmad Albab
10/12/2014
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli dalam nada angkuh memaklumkan beliau telah menjawab surat tuntutan dari firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

Beliau mendakwa telah menjawab surat yang meminta penjelasan beliau mengenai kenyataannya di dalam video bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.

“Saya telah menjawab surat tuntutan yang dihantar oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melalui peguam saya, N.Surendran dan Tetuan Daim Gamany.

“Saya tegas bahawa ucapan yang saya buat itu berkepentingan awam kerana ia bersabit dasar negara. Saya yakin kritikan saya adalah betul dan akan mempertahankan ucapan itu di dalam mahkamah kelak,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rafizi mendakwa beliau kini menunggu writ saman oleh Perdana Menteri untuk mengambil tindakan selanjutnya.

Mynewshub.cc pada 4 Disember lalu melaporkan gara-gara membat kenyataan berbaur fitnah, Rafizi berhadapan risiko disaman oleh Perdana Menteri.

Rafizi yang juga Naib Presiden menerima surat memohon penjelasan dari firma Hafarizam Wan & Aisha Mubarak bagi pihak Najib mengenai kenyataannya di dalam video bertajuk “Kenapa Kita Pertahan Subsidi Minyak”.

Beliau dalam nada bongkak bagaimanapun mendakwa sudah menjangkakan akan disaman dan berbangga kononnya kerana disaman demi memperjuangkan subsidi rakyat. – MYNEWSHUB.CC

Tags: Najib Tun RazakRafizi Ramli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd