• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Menang Anugerah Destinasi Golf Terbaik Asia

oleh Ahmad Albab
09/12/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kejayaan Malaysia merangkul Anugerah Destinasi Golf Terbaik Asia pada Anugerah Golf Dunia di Portugal baru-baru ini merupakan kejayaan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), kata Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Katanya, di bawah inisiatif projek permulaan 9-B (EPP 9-B) NKEA, sukan golf merupakan aktiviti tumpuan bagi pertumbuhan pelancongan berkualiti pada masa depan.

“Kemenangan ini memberi motivasi kepada kami untuk memperkukuh usaha mempromosi Malaysia sebagai destinasi golf popular sepanjang tahun,” katanya yang dipetik berkata demikian dalam kenyataan oleh Persatuan Pelancongan Golf Malaysia (MGTA), di sini, Selasa.

Sementara itu, Presiden MGTA Ng Eu Shen berkata, padang golf yang baru dibuka di Langkawi, The Els Club Teluk Datai merangkul Anugerah Padang Golf Baharu Terbaik Asia dan Padang Golf Baharu Terbaik Dunia pada majlis berkenaan.

“Semua kejayaan ini mencerminkan persepsi keseluruhan bahawa Malaysia mempunyai nilai untuk setiap ringgit yang dibelanjakan dari segi penginapan, penerbangan dan pelbagai produk pelancongan lain,” katanya.

MGTA ditubuhkan di bawah EPP 9-B khusus untuk mempromosi pelancongan golf Malaysia dan dibiayai oleh Tourism Malaysia.

Persatuan itu menyasarkan resit pelancongan golf tahun ini bernilai RM310 juta berbanding RM300 juta tahun lalu dan RM296 juta pada 2012. – BERNAMA

Tags: golf
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PGM Sasar Empat Pemain Negara Layak Ke Sukan Olimpik Tokyo 2020

21/12/2018
0

KUALA LUMPUR – Persatuan Profesional Golf Malaysia (PGM) menyasarkan bagi empat pemain Malaysia – dua lelaki dan dua wanita untuk...

Burgoon Ungguli Pusingan Pertama CIMB Classic 2018

11/10/2018
0

PEMAIN Amerika Syarikat, Bronson Burgoon beraksi cemerlang pada penampilan sulung di Kejohanan Golf CIMB Classic 2018 apabila melakarkan sembilan bawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd