• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

TMJ Seru Contohi Model Keluarga Rasulullah

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyeru rakyat negeri ini agar menjadikan keluarga Rasulullah SAW sebagai contoh model keluarga terbaik dalam usaha memperkukuhkan institusi kekeluargaan di negeri ini.

Tunku Ismail bertitah, dengan mengambil contoh kisah keluarga Nabi Muhammad SAW dalam melayari bahtera kehidupan berumahtangga, ia diharapkan dapat menjadikan istitusi kekeluargaan tetap kukuh dan tidak usang ditelan zaman.

Bagaimanapun, baginda mengingatkan dalam mencapai tujuan itu, ilmu kekeluargaan Islam perlulah dipelajari melalui sumber yang bertauliah.

“Saya juga berharap agar institusi keluarga diperkasakan dengan sebaik mungkin melalui sesi kursus ceramah dan motivasi perkahwinan serta tidak hanya berdasarkan kepada kursus praperkahwinan semata-mata bagi menjamin keutuhan dan kebahagiaan dalam rumahtangga,” titah baginda sebelum merasmikan Multaqa Ulama’ Darul Takzim kali kelima, di sini hari ini.

Baginda berangkat ke majlis tersebut sempena Sambutan Ulangtahun Keputeraan Rasmi Sultan Johor 2017 di Persada Johor, sebagai wakil rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan barisan exco kerajaan negeri.

Multaqa Ulama’ yang bertemakan ‘Memperkasa Institusi Keluarga Muslim’ itu diharap dapat dijadikan platform ilmu dalam mencetuskan kembali semangat cintakan keluarga berteraskan pegangan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah serta penerapan kaedah terbaik bagi membentuk sebuah keluarga yang harmoni dan berkualiti.

“Saya menyeru kepada seluruh umat Islam di negeri Johor supaya menyayangi institusi keluarga dan memikul tanggungjawab yang telah diamanahkan untuk menjaga institusi keluarga melalui pengisian Sakinah, Mawaddah dan Rahmah dalam keluarga masing-masing,” titah Tunku Ismail.

Baginda bertitah dengan pemantapan kualiti kehidupan berkeluarga akan dapat melahirkan insan yang sempurna dan seimbang sekali gus memperkukuhkan keluarga sebagai satu institusi sosial yang berjaya di dunia dan akhirat. – BERNAMA

Tags: Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Arah Gabenor Bank Negara Jawab Isu Prestasi Ringgit

JDT Tak Pernah Kalah Kepada Selangor Selama 8 Tahun – TMJ

20/02/2024
0

PEMILIK Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan pencabar utama Harimau Selatan dalam saingan Liga Malaysia...

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

Urus JDT Ibarat Jaga 32 Bayi Kaya – TMJ

30/10/2023
0

KUALA LUMPUR: Mengurus pasukan seperti Johor Darul Ta'zim (JDT) ibarat menjaga 32 bayi kaya dan 'anak manja', kata pemilik JDT,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd