• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nestle Peruntukan Capex Sebanyak RM200 Juta

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Nestle (Malaysia) Bhd telah memperuntukkan perbelanjaan modal (capex) sebanyak RM200 juta dalam tahun ini untuk memacu inovasi produknya.

Ketua Pegawai Eksekutif, Alois Hofbauer berkata capex itu akan diagihkan kepada semua kategori barisan makanan dan minuman (F&B) termasuk bagi mengubahsuai kilang-kilang Nestle.

“Kami juga akan memperkenalkan lebih kurang 20 produk baharu dalam tahun ini berbanding 27 produk pada tahun lepas,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat agung tahunan syarikat yang ke-33 di sini hari ini.

Peruntukan capex pada tahun lalu ialah RM123 juta.

Hofbauer juga berkata 10 peratus daripada produk-produk baharu yang akan diperkenalkan ini dijangka akan menyumbang kepada hasil kumpulan pada tahun semasa.

Katanya, walaupun kos input dijangka akan meningkat disebabkan oleh harga komoditi yang lebih tinggi serta ringgit yang lebih lemah berbanding dolar US, struktur keuntungan syarikat kekal positif, diimbangi oleh inisiatif-inisiatif kecekapan dalaman dan pengurusan kos.

Beliau yakin melalui strategi Pertumbuhan, Inovasi dan Transformasi untuk Berkembang (FIT) serta asas syarikat yang kukuh, kumpulan itu akan terus menyampaikan hasil yang baik.

“Kami menyasarkan jumlah jualan akan meningkatkan sebanyak kira-kira empat hingga lima peratus berbanding dengan 4.7 peratus pada tahun lepas kepada RM5 bilion.

“Pada masa yang sama, kami juga sensitif dengan kenaikan harga produk-produk kami, yang kami harap akan menjadi langkah terakhir memandangkan kami juga perlu menjaga pemegang kepentingan kami,” kata Hofbauer.

Beliau ketika bercakap mengenai perkembangan bisnes e-dagang, memberitahu syarikat itu mahu mencapai jualan sebanyak RM500 juta dalam tempoh tiga hingga lima tahun.

“E-dagang merupakan antara pasaran utama Nestle dan ia berkembang lebih panats pada kira-kira lima kali lebih cepat, dan melalui kerjasama dengan platform perdagangan dalam talian seperti Lazada, Amazon, Alibaba dan 11street, kami boleh mencapai sasaran ini, lebih awal,” katanya.

Katanya, syarikat itu juga mungkin akan membelanjakan kira-kira RM500 juta untuk perbelanjaan pengiklanan, sama dengan tahun sebelumnya.

Kumpulan itu merupakan pengiklan F&B teratas pada tahun lepas dan memiliki bahagian pasaran terbesar di Malaysia dengan 14.8 peratus. – BERNAMA

Tags: Alois Hofbauer
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd