• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KPDNKK Rampas 194 Tong Gas LPG Bernilai RM51,332

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kedah merampas 194 tong gas petroleum cecair (LPG) dianggar bernilai RM51,332 dari sebuah premis penyimpanan serta penjualan di Kampung Baru Tambak Bunga, Kuala Kedah, di sini pagi tadi.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDNKK Kedah Shamsul Nizam Khalil berkata pemeriksaan oleh tujuh anggota penguat kuasa KPDNKK pada pukul 10 pagi itu mendapati premis berkenaan telah beroperasi tanpa kebenaran dan tidak mempunyai lesen sah.

“Semasa pemeriksaan dilakukan, seorang lelaki tempatan berusia 43 tahun yang merupakan pemilik premis berkenaan telah ditahan.

“Kita menyita 163 tong gas LPG pelbagai jenama, 31 tong kosong dan sebuah lori yang digunakan untuk menghantar gas LPG,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Shamsul Nizam, pihaknya juga telah mengenal pasti syarikat yang membekalkan LPG kepada premis tersebut dan akan mengambil tindakan terhadap pembekal kerana membekalkan LPG kepada pihak yang tidak mempunya lesen yang sah.

Siasatan dilakukan mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 iaitu memiliki barang kawalan LPG dengan syak munasabah untuk melakukan kesalahan di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan Kawalan Bekalan 1974 iaitu berurus niaga barang kawalan berjadual LPG tanpa lesen sah. – BERNAMA

Tags: KPDNKK KedahShamsul Nizam Khalil
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

GST: KPDNKK Kedah Pantau 9,000 Barangan

04/06/2018
0

SUNGAI PETANI - Sebanyak 9,000 barangan yang dijual di 300 premis perniagaan di seluruh negeri, telah diperiksa oleh Pejabat Kementerian...

KPDNKK Perak Merampas 220 Tong Gas LPG

10/04/2018
0

IPOH - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perak merampas 220 tong gas petroleum cecair (LPG) pelbagai jenama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd