• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

BN Bakal Bangkit Walaupun ‘Underdog’ Di Selangor

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar berkata tiada apa yang mustahil dalam dunia politik termasuk untuk Barisan Nasional (BN) yang dilabel sebagai ‘underdog‘ di Selangor, merampas semula negeri itu daripada genggaman kerajaan pakatan pembangkang.

Noh berkata seperti sukan, dalam dunia politik juga ‘underdog‘ boleh mencipta kejutan kemenangan, dan merujuk politik Selangor, BN mampu mencipta kejutan itu jika semua pihak bekerjasama dan memberi komitmen sepenuhnya dengan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat.

“Sukan dan politik ini lebih kurang, dalam sukan ada istilah underdog, ada pasukan yang kita ramal tidak menang tiba-tiba boleh menang… dalam politik pun tidak mustahil,” katanya selepas merasmikan program Nadi Sihat Semarak “Bangkit Bersama” Sukan SEA ke-29 hari ini.

Program anjuran pertubuhan bukan kerajaan, Nadi Sihat dan UMNO Bahagian Ampang itu antara lain bertujuan menyemarakkan semangat rakyat Malaysia untuk memberi sokongan kepada atlet negara yang akan bertanding pada Sukan SEA nanti.

Noh yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengingatkan kembali pengalaman yang pernah dilalui BN di Selangor apabila tewas kepada pembangkang pada 2008 lalu walaupun dalam Pilihan Raya Umum 2004 mereka memperoleh kejayaan yang cukup cemerlang.

“Sebab itu saya cakap tiada yang mustahil. Hari ini kita boleh menang, esok kalah, lusa menang semula. Sukan pun sama, politik pun sama dengan syarat kita kena bangkit mulai hari ini untuk mencapai kejayaan,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Nadi Sihat, Datuk Ismail Kijo berkata program tersebut bertujuan untuk mempromosikan Sukan SEA dan menyemarakkan semangat kebangkitan para atlet negara dalam mengulangi kembali kejayaan pada 2001 ketika negara menjadi penganjur paling berjaya dan pada masa sama menjadi juara keseluruhan pada edisi Sukan SEA tahun itu.

“Penganjuran jelajah ini adalah sebagai usaha menyemai semangat bersukan dalam kalangan masyarakat khususnya menjelang Sukan SEA nanti di mana kita jadi tuan rumahnya,” kata Ismail.

Program jelajah ini antaranya melibatkan konvoi berbasikal dan pengedaran sejuta risalah mengensi Sukan SEA di setiap tempat persinggahan.

Jelajah ini akan bermula di Ampang dan berakhir di Kuantan selepas selesai menjelajah seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak. – BERNAMA

Tags: Tan Sri Noh OmarUMNO Selangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

PRN: UMNO Selangor Akan Tanding Lebih Kerusi DUN

14/07/2023
0

GOMBAK : UMNO Selangor mengesahkan parti itu akan bertanding di lebih lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya...

UMNO Selangor Serah Senarai Calon Dalam Masa Terdekat – Noh

UMNO Selangor Serah Senarai Calon Dalam Masa Terdekat – Noh

10/10/2022
0

UMNO Selangor akan menyerahkan senarai nama calon 22 bahagian parti itu yang bakal bertanding dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd