• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

JKKK, JKKKP Guna Sistem Dalam Talian Mulai Ogos Ini

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) sedang membangunkan sistem baharu dalam talian iaitu e-tadbir urus desa bagi memudahkan penyediaan serta penyampaian laporan dan minit mesyuarat di peringkat kampung.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sistem yang dijangka siap menjelang Ogos depan akan digunakan oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP).

“Ia bertujuan memastikan laporan dan minit mesyuarat dapat disiapkan dengan lebih tersusun dan pantas bagi memudahkan proses pemantauan.

“Selain itu, e-tadbir urus juga akan lebih melancarkan pembayaran elaun kepada JKKK dan JKKKP iaitu tujuh hari selepas mesyuarat dilaksanakan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup Program Sijil Tadbir Urus Infra-UniKL Zon Timur dan melancarkan Tatacara Pengurusan JKKK/JKKKP Versi 2, di sini hari ini.

Seramai 700 Pengerusi JKKK dari Pahang, Kelantan dan Terengganu termasuk kepimpinan JKKK masyarakat Orang Asli hadir pada program Sijil Tadbir Urus Desa selama tiga hari itu yang bertujuan memperkasakan mereka dengan ilmu pengurusan desa yang lebih profesional.

Terdahulu, dalam ucapannya, Ismail Sabri berkata JKKK adalah benteng kekuatan kerajaan selama ini dan memainkan peranan yang sangat besar dalam pilihan raya umum akan datang.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah banyak membuat penambahbaikan untuk memperkasakan fungsi JKKK selama ini kerana merekalah barisan hadapan yang memberi khidmat kepada masyarakat,” katanya. – BERNAMA

Tags: JKKKKKLW
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kedudukan JKKK : Pahang Akan Tunggu, Lihat

25/07/2018
0

KUANTAN - Kerajaan negeri mengambil pendekatan 'tunggu dan lihat' dalam isu berkaitan kedudukan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di...

Penjenamaan Semula JKKK, JKDB Di Sabah

05/07/2018
0

KOTA KINABALU: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah telah membuat keputusan untuk membuat penjenamaan semula terhadap institusi Jawatankuasa Kemajuan dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd