• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tutup Asrama Tahfiz, Anak Yatim Tidak Berdaftar

oleh Ahmad Albab
28/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kerajaan diminta mengambil tindakan tegas seperti henti segera operasi asrama anak yatim atau institusi tahfiz yang tidak berdaftar dengan jabatan atau kementerian berkaitan.

Timbalan Presiden Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Malaysia (Peyatim), Tan Sri Mohd. Yussof Latiff berkata institusi yang tidak berdaftar mendedahkan anak yatim atau pelajar tahfiz turut kepada eksploitasi seperti dipaksa memungut derma atau didera kerana mereka tidak dipantau pihak berkaitan.

“Jangan sudah terhantuk baru terngadah seperti kejadian yang menimpa seorang pelajar tahfiz di Johor sehingga menyebabkan kematiannya. Difahamkan sekolah tahfiz itu tidak berdaftar dengan kementerian.”

Kanak-kanak tersebut Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, meninggal dunia semalam selepas didakwa dipukul pembantu warden asrama madrasah tahfiznya.

“Sepatutnya sekolah tahfiz perlu daftar dengan Kementerian Pendidikan atau jabatan agama Islam, manakala asrama anak yatim perlu berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), barulah pihak terbabit boleh memantau operasi mereka,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mohd. Yussof berkata pengendali asrama anak yatim dan tahfiz yang berdaftar biasanya diberikan kursus dan latihan bagi melengkapkan mereka dengan pengetahuan berkaitan operasi institusi berkenaan sekali gus mengurangkan risiko berlaku insiden tidak diingini.

Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid dilaporkan sebagai berkata bahawa sekolah tahfiz terbabit tidak berdaftar di bawah kementerian. – BERNAMA

Tags: anak yatimSekolah Tahfiz
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

Hampir 1,000 Anak Yatim, Piatu Akibat COVID-19 Dibantu Yayasan Keluarga Malaysia

08/01/2025
0

PASIR MAS: Hampir 1,000 anak yatim dan yatim piatu yang kematian ibu atau bapa atau kedua-duanya disebabkan pandemik COVID-19, selain...

Agong, Permaisuri Berkenan Kurnia Sumbangan Kepada Asnaf, Anak Yatim

29/04/2022
0

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd