• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PAS Terbuka Untuk Tahaluf Siyasi Tapi Dengan Syarat

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR SETAR – Meletakkan syarat sebarang kerjasama politik PAS mestilah berlandaskan syariat Islam, Mursyidul Am PAS Hashim Jasin berkata parti itu sedia mengadakan tahaluf siyasi dengan mana-mana parti politik asalkan ia membawa kebaikan kepada rakyat.

Beliau berkata mengambil iktibar pengalaman lepas, PAS akan mengenakan syarat yang mengutamakan Islam sebelum memulakan sebarang kerjasama demi kebajikan, kemakmuran dan kedamaian masyarakat.

“Andainya DAP, Parti Amanah Negara (Amanah) atau pun mana-mana parti bersedia mengikut syarat yang kita letak maka tak ada sebab kenapa kita tolak. Kita boleh beri kerjasama, sampai sekarang ini masih terbuka.

“Syarat itulah yang penting, Islam mesti memimpin, apa yang Tuhan nak kita buat (sebagai khalifah). Bukan kita nak jadi orang besar, perdana menteri, menteri-menteri atau wakil rakyat… tapi apa yang penting siapa saja yang buat (memimpin) mestilah mengutamakan Islam,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Muktamar Tahunan Dewan Muslimat, di sini hari ini

Hashim berkata PAS juga bersedia untuk mewujudkan blok ketiga yang mungkin berlainan daripada blok-blok politik sedia ada dan jika Pakatan Harapan bersedia menerima Islam sebagai kuasa syariat untuk bekerjasama.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiannya, Hashim meminta semua anggota PAS untuk menerima mana-mana bekas anggota parti yang mahu kembali bersama parti.

“Saya kira ada antara mereka yang dulunya bersama kita kemudian lari daripada kita, dia nampak di depan laut, di belakang musuh. Kalau dia minta nak tumpang kapal kita, maafkanlah segala kesilapan, segala kealpaan perkara-perkara yang terlajak.

Sementara itu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yakob berkata tiada gunanya kerajaan sedia ada dijatuhkan lalu digantikan dengan parti berfahaman sosialis dan pada masa sama masyarakat meminggirkan gerakan Islam kerana tindakan itu hanya akan memburukkan senario politik negara.

“Kita (PAS) telah berjuang selama lebih 60 tahun untuk menjadi wadah dan menjadi kerajaan,dan jika keadaan ini berlaku apabila kerajaan sekular yang ada dan digantikan dengan sosialis, keadaan akan lebih merumitkan lagi.

“Mungkin dalam keadaan banyak pihak cuba melemahkan Islam menyebabkan kita akan mengambil masa untuk mengumpul kekuatan baharu untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada itu,” katanya ketika berucap merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum (SRIDU), Tandop di sini. – BERNAMA

Tags: Muktamar PASTahaluf Siyasi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PAS Siap Sedia Hadapi PRU15 Lebih Awal

21/06/2019
0

KUANTAN - Seluruh organisasi PAS digesa mengatur persiapan untuk menghadapi kemungkinan PRU15 diadakan lebih awal daripada tempoh lima tahun. Presiden...

PH Berdepan Kecelaruan Kiblat Politik, Ekonomi

21/06/2019
0

KUANTAN - PAS mendakwa sehingga kini kerajaan Pakatan Harapan (PH) masih bercelaru menentukan kiblat politik dan ekonomi kerana sehingga kini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd