• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Triumph Cipta Coli ‘Penggera’ Galak Wanita Aktif Seks

oleh
27/04/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TOKYO – Pengeluar pakaian dalam terkemuka dunia, Triumph International berjaya mencipta produk terbaharu bra canggih yang dilengkapi dengan penggera, khusus untuk pasaran Jepun.

Produk coli unik ini menurut laporan laman Japan Today pada Khamis; dicipta sebagai sebahagian daripada usaha Triumph untuk menyokong program seks terbaharu oleh kerajaan Jepun yang dikenali sebagai Premium Friday.

Program yang dimulakan sejak Februari lalu itu bertujuan menggalakkan rakyatnya segera meninggalkan pejabat tepat pukul 3 petang pada hari Jumaat terakhir setiap bulan dan balik awal ke rumah untuk berasmara di ranjang.

Menerusi inisiatif tersebut, warga Jepun yang terkenal sebagai amat kuat bekerja itu dapat meluangkan masa lebih lama mengadakan persetubuhan dengan pasangan sekali gus meningkatkan kadar kelahiran bayi dalam keluarga.

Ini kerana kajian menunjukkan pertumbuhan rakyat Jepun makin merosot lebih sedekad lalu akibat sikap pasangan pengantin di Jepun ‘malas’ berjimak dan ramai generasi muda enggan kahwin kerana bimbang komitmen keluarga.

Baca: 1 Daripada 2 Orang Dewasa Jepun ‘Malas’ Setubuh

Juga: Ramai Gadis Jepun Sakit Faraj Akibat Seks Bebas

Secara kebetulan, esok merupakan hari Jumaat terakhir untuk bulan April pada tahun ini dan pihak Triumph tidak ketinggalan menyokong program itu dengan melancarkan bra terbaharu dikenali sebagai Premium Friday Bra.

Di dalam cup atau mangkuk pada coli comel itu ada semacam kantung dilengkapi penggera serta akan berbunyi tepat jam 3 petang bagi memberi peringatan kepada pengguna agar segera meninggalkan pejabat dan balik rumah.

Bagaimanapun ramai penganalisis melihat bra Triumph berkenaan lebih kepada usaha untuk mempromosikan gaya amalan perbelanjaan hujung minggu yang panjang dan secara tidak langsung merangsang ekonomi domestik.

Ini kerana lazimnya pekerja sanggup pulang lewat pada Jumaat untuk menyiapkan tugasan sehingga menyebabkan pusat perniagaan ‘lesu’ tanpa pengunjung apabila ramai yang keletihan lebih selesa menghabiskan masa di rumah.

Langkah inovasi ini bukan pertama kali dilakukan Triumph. Firma tersebut lazimnya mengeluarkan produk promosi setidak-tidaknya dua kali setahun mengikut trend popular di sesebuah negara. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: bracolijimakseks
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

Padah Curi Coli, Lelaki Didenda RM2,500

20/08/2024
0

MUAR - Seorang lelaki didenda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini pada Selasa, atas pertuduhan mencuri coli pada Sabtu lalu....

Polis Selamatkan 3 Remaja Perempuan Mangsa Eksploitasi Seks

09/11/2021
0

Polis menyelamatkan tiga remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun, dipercayai menjadi mangsa eksploitasi seks bawah umur hasil serbuan di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd