• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Kes Baharu H5N1 Dilaporkan – Tajuddin

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Tiada kes baharu wabak selsema burung H5N1 dilaporkan di negara ini termasuk di Kelantan setakat ini, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata bagaimanapun operasi pemantauan masih giat dijalankan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) dalam usaha pencegahan wabak tersebut.

“JPV negeri telah diarahkan untuk mengawasi dan memantau pergerakan unggas dari dalam dan luar negeri bagi mengesan wabak H5N1.

“Selain itu, jabatan berkenaan turut melaksanakan Program Persampelan Kebangsaan bagi penyakit-penyakit haiwan wajib lapor dan penyakit haiwan yang mempunyai impak ekonomi,” katanya ketika sesi pertanyaan lisan pada persidangan Dewan Negara.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Seri Syed Ibrahim Kader yang meminta kementerian menerangkan apakah langkah yang telah diambil kerajaan bagi memastikan ternakan ayam selamat dimakan dan pengendalian ayam komersil dalam keadaan terkawal.

Tajuddin berkata wabak itu yang sebelum ini berlaku di Kelantan hanya melibatkan ayam kampung yang diternak secara lepas bebas dan tidak melibatkan ayam daging komersial.

“Susulan kes pertama yang dikesan pada 28 Feb di Kampung Pulau Tebu dan Mukim Tunjung, Kelantan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar telah digerakkan bagi mengambil langkah pengawalan segera,” katanya.

Beliau berkata antara langkah pengawalan yang diambil adalah melaksanakan kerja pemusnahan unggas di dalam kawasan satu kilometer radius dari lokasi jangkitan bagi mengelakkan risiko penularan penyakit kepada unggas lain dan manusia.

Selain itu, pembasmian kuman selepas selesai pemusnahan dijalankan di premis yang menyimpan unggas bagi memusnahkan virus ‘Highly Pathogenic Avian Influenza (HPAI), katanya.

Sebelum ini Kelantan disytiharkan sebagai kawasan wabak H5N1 selepas enam jajahan negeri itu dilanda wabak itu membabitkan Kota Bharu, Pasir Mas, Tumpat, Tanah Merah, Bachok dan Pasir Puteh.

Wabak itu dikatakan berpunca daripada ayam laga, sama ada dari negara ini atau negara jiran. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Tajuddin Abdul RahmanH5N1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hamparan Ribuan Ubur-ubur Luar Biasa Berpunca Peningkatan Suhu

H5N1 Dikesan Pada Lembu Tenusu Di AS

28/03/2024
1

AUSTIN - Lembu di ladang tenusu Texas dan Kansas, Amerika Syarikat (AS) diuji positif virus selesema burung, H5N1 di bawah...

Malaysia Tak Import Ayam Selsema H5N1

03/02/2020
0

MALAYSIA tidak mengimport haiwan hidup dan produk dari kawasan Shaoyang di wilayah Hunan, China, yang dilaporkan berlakunya wabak selsema burung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd