• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Beradik Didakwa Samun Lelaki Warga Pakistan

oleh Ahmad Albab
27/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Dua beradik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di Ayer Keroh di sini hari ini atas pertuduhan melakukan samun berkumpulan terhadap seorang lelaki warga Pakistan, awal bulan ini.

S. Franciss, 21, dan S. Seivadass, 24, bersama-sama seorang lagi yang masih bebas, didakwa melakukan kesalahan itu menggunakan pisau dan merampas wang tunai RM500 serta sebuah telefon bimbit milik Nawshed Ali, di Jalan Berkat 7, Taman Malim Jaya, di sini, pada 5.30 petang, 8 April lepas.

Kedua-dua lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya N. Siva Sangari tidak menawarkan jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin, namun, Franciss dan Seivadass yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah memberikan jaminan kepada mereka.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing diikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 29 Mei untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Tags: kes samunwarga asing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

Video Tular Lelaki Berdarah: 4 Ditahan Kerana Samun Hingga Mendatangkan Kecederaan

08/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Empat ditahan susulan video tular yang memaparkan seorang lelaki berlumuran darah yang dikatakan berlaku di Wangsa Maju pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd