Hari ini, agak kecoh juga apabila aktivis kontroversi Ali Abdul Jalil berbangga menunjuk-nunjuk bahawa dia sudah pun memiliki kad ‘suaka politik’ yang diberikan oleh kerajaan Sweden mengikut Perjanjian Dublin (Perjanjian Suaka).
Penulis tertanya-tanya juga, apa istimewanya Ali hingga kerajaan Sweden begitu cepat memproses permohonannya untuk diberikan perlindungan politik di sana.
Ternyata, hasil tinjauan lanjut di laman web Jabatan Imigresen Sweden, sebenarnya kad yang diberikan itu adalah kad untuk semua pemohon suaka dan bukannya kad suaka seperti digembar-gemburkan oleh tuan empunya diri.
Fakta pertama, Sweden merupakan antara negara yang sukar untuk mendapatkan perlindungan suaka politik dan setiap permohonan akan diteliti dengan rapi.
MENARIK – Ali Dakwa Sudah Miliki Kad Suaka Politik SwedenÂÂ
Daripada sumber yang didapati hasil tinjauan, kerajaan Sweden akan memberikan sekeping resit kepada pemohon suaka dan beberapa hari kemudian akan menerima kad berkenaan dengan kod “LMA-Kort”.

Untuk pemegang kad itu, mereka dibenarkan tinggal di Sweden sehingga menerima jawapan dari kerajaan berkenaan status permohonannya.
Menggunakan kad itu juga, pemohon akan diberikan diskaun untuk mendapatkan rawatan di pusat kesihatan di negara itu.
Bagaimana pun kad berkenaan yang dimiliki oleh Ali bukanlah kad suaka tetapi ia berstatus “Permohonan Secara Rasmi” biarpun rupa kad berkenaan seperti kad pengenalan yang boleh dibawa ke mana-mana.
Dalam satu video yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Sweden pula, proses permohonan di sana bukanlah mudah dan pemohon akan ditemuduga dengan rapi oleh pihak kerajaan Sweden sebelum permohonan diluluskan.
Video Prosedur Permohonan Suaka Politik Di Sweden
Antara soalan yang ditanya ialah, “Anda siapa?” dan “kenapa anda ingin mencari perlindungan di Sweden?”. Nampaknya ada soalan yang si Ali bakal gagal menjawab dan memungkinkan dia untuk disuruh pulang ke Malaysia.
Daripada fakta ini, jelas ditunjukkan bahawa sebenarnya Ali belum pun menerima suaka dari kerajaan Sweden.
Entah bagaimana Ali yakin bahawa itu adalah satu kad suaka tidaklah diketahui.. mungkin individu atau pihak yang membantu proses permohonan suaka Ali tersilap cakap atau dia yang tersalah faham kot. Apa pun, ia dah cukup buatkan Ali semakin angkuh.
Secara jelas, Ali masih mempunyai ruang untuk dipaksa kembali ke Malaysia dan menghadapi semua tuduhan berkaitan dirinya di mahkamah di bawah Akta Hasutan 1948. – MYNEWSHUB.CC
Oleh : IBNU KÂÂ


