• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guna Modul Khas Pulih ‘Raja Bomoh’ – Mufti Wilayah

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Akidah Ibrahim Mat Zin yang digelar ‘Raja Bomoh’ boleh dipulihkan selepas menjalani kelas pemulihan akidah serta fardu ain di bawah kendalian Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan selepas ini, kata Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Beliau berkata Unit Konsultasi Akidah di pejabat itu akan menyediakan modul khas yang mengandungi elemen penting untuk diterapkan terhadap Ibrahim sepanjang enam bulan tempoh pemulihan seperti yang ditetapkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

“Sebagai permulaan, Ibrahim akan dipanggil seberapa segera ke pejabat mufti untuk sesi bertaaruf (mengenali) bagi membolehkan kami mengetahui latar belakangnya dan menyelami masalah serta punca dia terlibat dalam amalan perbomohan yang sebegitu rupa sebelum kita memulakan bimbingan,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

Ibrahim, 66, melalui perintah Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur semalam diarah berkelakuan baik selama enam bulan dengan bon jaminan di bawah pengawasan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan selepas mengaku ritual perbomohan yang dilakukan adalah satu pembohongan dan lakonan semata-mata.

Ibrahim yang dihadapkan ke mahkamah selepas ditahan polis di sebuah hotel di Segamat, Johor, Jumaat lepas turut mengaku bersalah di bawah Seksyen 7(a) Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 kerana menghina agama Islam.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata sepanjang tempoh itu, Ibrahim akan dibimbing mengenai hal ketuhanan, akidah dan tauhid serta amalan perbomohan mengikut perspektif Islam agar segala amalan bersifat syubhat atau tidak jelas halal haramnya dapat dibuang.

Berdasarkan interaksinya dengan Ibrahim pada sesi pengakuan di Kompleks Pusat Islam semalam, beliau yakin pengakuan Ibrahim mengenai kesilapannya adalah ikhlas serta benar-benar ingin berubah.

Ibrahim mencuri tumpuan media selepas muncul di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA), Sepang bersama dua biji kelapa dan ‘teropong buluh’ untuk mengesan kedudukan pesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac 2014.

Bagi menangani ketegangan hubungan antara Malaysia dan Korea Utara susulan pembunuhan abang pemimpin negara itu, Kim Jong-nam, Ibrahim serta beberapa pengikutnya sekali lagi menarik perhatian dunia apabila tampil melakukan satu ritual kononnya memagar Malaysia dari serangan Korea Utara di luar Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-BakriMufti Wilayah Persekutuan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan Saran Joe Branko Hasilkan Lagu Ketuhanan

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan menerima kunjungan hormat legenda rock tanah air, Joe Branko dan Eddie hari ini....

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

Malaysia Adalah Negara Islam Secara Fikhi, Geografi, Sejarah Dan Realiti – Mufti Wilayah

04/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil mengingatkan semua pihak bahawa Malaysia adalah negara Islam. Beliau menerusi satu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd