• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Melaka Rampas 250 Set Komputer Bernilai RM120,000

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Polis Melaka merampas 250 set komputer dan komputer riba bernilai lebih RM120,000 yang dipercayai digunakan sindiket judi atas talian di tujuh premis di sekitar daerah Melaka Tengah di sini, pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata polis turut menahan 40 individu termasuk 10 penjaga premis terbabit dalam serbuan serentak di semua premis rumah kedai terlibat di Melaka Raya, Semabok, Ujong Pasir dan Banda Hilir di sini kira-kira pukul 7 malam.

Beliau berkata pihaknya turut merampas wang tunai berjumlah hampir RM4,000 yang dipercayai hasil aktiviti sindiket judi dalam talian berkenaan yang dipercayai aktif antara sebulan hingga sebulan setengah lepas.

“Semua yang ditahan terdiri daripada 37 lelaki dan tiga wanita berusia 20-an hingga 60-an. Daripada jumlah itu, sembilan penjaga lelaki warga tempatan dan seorang wanita warga Indonesia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

“Serbuan dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah dan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman hasil maklumat dan aduan orang awam serta risikan polis dalam usaha mengekang sindiket judi dalam talian menular di negeri ini terutama di daerah Melaka Tengah,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata tujuh premis berkenaan dipercayai didalangi sindiket yang sama namun siasatan menyeluruh masih dijalankan.

Sementara itu, katanya sebanyak 101 kaki judi ditahan dalam 40 serbuan di premis judi haram di sekitar daerah Melaka Tengah antara Januari lepas hingga semalam.

Shaikh Abdul Adzis berkata sebanyak 600 set komputer dan komputer riba turut dirampas dalam serbuan dalam tempoh tersebut.

Beliau berkata sindiket judi haram di negeri ini dikesan sering menukar lokasi operasi mereka bagi mengelak dikesan pihak berkuasa selain menjadikan rumah kedai sebagai pusat untuk menjalankan kegiatan itu. – BERNAMA

Tags: ACP Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd