• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hafiz Hamidun Rancang Bulan Madu Di 5 Destinasi

oleh AK-47
27/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SERONOKNYA jadi pasangan Hafiz Hamidun dan Joy Revfa!

Bakal pengantin yang akan diijabkabulkan pada Isnin hadapan ini bakal berbulan madu di lima buah negara sebagai destinasi bulan madu mereka.

Jelas Hafiz, dia bakal mengerjakan umrah pada bulan Ramadan dan bakal disusuli dengan percutian berbulan madu ke Taiwan, London, Itali dan juga Phuket.

“Saya dan bakal isteri sudah memilih lima buah negara untuk destinasi berbulan madu. Tapi ada beberapa destinasi merupakan tajaan pihak-pihak tertentu. Kita doakan semuanya berjalan lancar,” katanya.

Sementara itu, Hafiz mengakui dia berasa gemuruh dan berdebar menunggu tarikh pernikahan dengan pengasas kosmetik Joy Revfa atau nama sebenarnya, Siti Arifah Mohd. Amin pada 1 Mei ini di Shah Alam.

Jelasnya, dia sebolehnya tidak mahu memikirkan soal debaran pernikahannya dan hanya mengharap agar segala perancangan yang sudah disusun lengkap akan berjalan lancar.

“Kalau boleh saya tidak mahu fikir soal gemuruh atau berdebar semua ini. Kalau fikir nanti lagi berdebar. Jadi, saya dan kru majlis sudah menyusun atur segala kelengkapan. Harapnya berjalan lancar.

“Sebenarnya, sehari sebelum majlis pernikahan saya berada di Kota Kinabalu untuk memenuhi undangan persembahan yang sudah direncana awal. Tapi rasanya semua okay sahaja.

“Saya pun awal-awal mahu minta maaf kepada semua tetamu sekiranya nanti ada cacat cela yang tidak dapat dielakkan semasa majlis berlangsung. Kami hanya mampu merancang kelancaran majlis tersebut,” katanya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Tags: hafiz hamidun
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hafiz Menang Saman Kamdar, Mahu Jadi Pengajaran

17/05/2018
0

DISEBABKAN namanya telah disalahgunakan oleh sebuah syarikat tekstil terkenal, penyanyi Hafiz Hamidun mengambil keputusan untuk membawa kes itu ke muka...

Hafiz Hamidun ‘Dirisik’ Ramai Wanita, Tapi…

17/04/2018
0

SEJAK menjalani kehidupan sebagai duda selepas bercerai dengan pengasas Merve Cosmetic, Joy Revfa, penyanyi nasyid terkenal iaitu Hafiz Hamidun tidak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd