• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, February 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Kenal Pasti Sekolah Ada Masalah Gengsterisme

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis telah mengenal pasti sekolah yang mempunyai masalah gengsterisme di seluruh negara dan tindakan segera akan diambil, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata arahan telah dikeluarkan kepada pegawai perhubungan sekolah supaya bekerjasama dengan guru disiplin khususnya ,selepas Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid memberi kelonggaran sepenuhnya kepada polis menjalankan siasatan di sekolah.

Katanya sekolah yang terlibat dengan gengsterisme juga dinasihatkan untuk tidak menyembunyikan kegiatan itu daripada pengetahuan polis, sebaliknya perlu tampil ke hadapan supaya masalah terbabit boleh dibanteras di peringkat awal.

“Kerjasama dengan Kementerian Pendidikan telah bermula khususnya di Selangor yang mana kita sedang mengumpul risikan dan maklumat berkaitan penuntut dan bekas penuntut yang terlibat. Guru-guru jangan simpan masalah ini, kalau diamkan , (ia) tidak membantu sesiapa.

“Ibu bapa juga perlu awasi anak-anak mereka. Langkah mengatasinya perlu dilakukan sekarang supaya masalah ini tidak menjadi duri dalam daging dan mendatangkan lebih banyak masalah pada masa hadapan,” katanya.

Khalid berkata demikian pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Ketua Polis Pahang Datuk Seri Sharifuddin Ab Ghani yang bersara wajib kepada Datuk Rosli Ab Rahman di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Pahang di sini, hari ini.

Beliau memaklumkan setakat ini, sebanyak 35 pelajar telah ditangkap berkaitan isu gengsterisme, iaitu kerana disyaki terlibat dengan kumpulan kongsi gelap Geng 24 di Selangor.

Khalid juga tidak menolak kemungkinan terdapat orang dewasa yang menjadi dalang dalam pembabitan pelajar berkeanaan, selain persepsi silap pelajar itu sendiri yang merasakan mereka berkuasa jika menganggotai kumpulan kongsi gelap.

“Pelajar ini cuba untuk menonjolkan identiti mereka dan mereka mengagung-agungkan rakan senior yang pernah ditangkap. Kita kena betulkan pemikiran mereka yang memandang tinggi kawan yang kononnya berkuasa,” katanya.,

Khalid berkata polis juga akan menjalin kerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah bagi mencari penyelesaian masalah itu.- BERNAMA

Tags: khalid abu bakarpelajar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

Pelajar Dakwa Dirogol Ketika Mahu Dapatkan Rawatan Untuk Berjaya Pelajaran, Sami Diperintah Bela Diri

19/09/2025
0

BATU PAHAT: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, memerintahkan seorang sami untuk membela diri atas pertuduhan merogol seorang pelajar perempuan...

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

2 Pelajar TAR UMT Maut Jatuh Kondominium Sama Dalam 24 Jam

21/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dua pelajar Universiti Pengurusan dan Teknologi Tunku Abdul Rahman (TAR UMT) maut selepas terjatuh dari tempat tinggi melalui...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd