• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia, Kanada Kukuh Kerjasama Banteras Keganasan

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Kanada bersetuju untuk terus memperkukuh dan menyelaras industri pertahanan, kerjasama antara tentera kedua-dua pihak, dan dalam hal kepentingan strategik bagi membanteras ancaman keganasan.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata sekalipun tugas memantau militan Daesh terletak di bawah Kementerian Dalam Negeri, kementeriannya juga bertanggungjawab bila ia melibatkan kegiatan militan.

“Mesyuarat ini begitu komprehensif dan bermakna. Kami berbincang mengenai perkara penting pertahanan, termasuk langkah memperkukuh hubungan dan strategi ketenteraan.

“Malaysia juga memang ingin bekerjasama dengan Kanada dalam mendepani dan mencari penyelesaian terhadap ancaman baharu (terrorisme) yang kita hadapi hari ini,” kata beliau.

Hishammuddin becakap kepada pemberita selepas menerima kunjungan rakan sejawatannya dari Kanada Harjit Singh Sajjan di Wisma Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Hishammuddin berkata mereka turut membincangkan isu geoplolitik, isu bilateral, serantau dan antarabangsa yang berkaitan kepentingan bersama.

“Kita akan juga memantau situasi geopolitik dalam bidang pertahanan bersama menerusi kontak yang dicapai sebelum ini,” kata beliau.

Turut hadir ketua setiausaha kementerian Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi, Panglima Angkatan Tentera Malaysia Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin.

Terdahulu, Harjit Singh memeriksa Perbarisan Kehormat Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) terdiri daripada tiga pegawai dan 103 anggota pelbagai pangkat, diketuai Major Shah Putra Junui.

Sementara itu, Harjit Singh menyambut baik penubuhan Pusat Keamanan Antarbangsa Raja Salman (KSCIP), sambil menyifatkannya sebagai cara terbaik untuk berkongsi pengetahuan dan menjadi lebih proaktif.

“Latihan tentera yang kita adakan sebelum ini dan ia sentiasa menjadi keperluan agar dapat menangani ancaman keganasan,” kata beliau.

KSCIP, inisiatif Raja Arab Saudi Raja Salman Abdul Aziz Al Saud, tidak sahaja memfokus kepada aspek ketenteraan tetapi juga elemen akademik.

Peranan utamanya ialah membanteras ancaman pengganas dan penyebaran dakyah dan ideologi golongan ekstremis dan pengganas. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

Hishammuddin, KJ, Syed Hamid Albar Sah Kembali Sertai UMNO

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Seramai 6,252 bekas pimpinan dan ahli pelbagai peringkat termasuk Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Khairy Jamaluddin dan...

Kerajaan Tetapkan Tiga SOP Baharu Ibadah Umrah

08/02/2022
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menetapkan tiga prosedur operasi standard (SOP) baharu kepada jemaah yang akan melaksanakan ibadat umrah di Tanah Suci,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd