• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kilang Penapisan Gula Terbesar Malaysia Siap 80 Peratus Pembinaan

oleh AK-47
26/04/2017
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

JEMPOL – Pembinaan kilang penapis gula terbesar Malaysia di Tanjung Langsat, Johor telah siap 80 peratus dan dijangka memulakan operasi pada tahun depan, kata Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad.

Beliau berkata, apabila beroperasi ia dijangka mampu mengeluarkan satu juta tan metrik gula bertapis setahun.

“Ini akan menjadikan MSM (MSM Malaysia Holdings Bhd) bukan sahaja dapat menjual gula bertapis di pasaran tempatan tetapi juga untuk dieksport ,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada Bernama ketika ditemui selepas majlis Penyerahan Komputer dan Penyampaian Bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) di Sekolah Kebangsaan Felda Serting Hilir 2 (F) di sini, hari ini.

MSM yang dikuasai syarikat perladangan utama FGV dan menguasai 65 peratus bahagian dalam pasaran gula tempatan telah membelanjakan RM90 juta bagi pembelian tanah 20.477 hektar untuk kilang penapis ketiga negara.

Mohd Isa berkata, kilang tersebut akan mendapat bekalan gula mentah daripada beberapa negara, termasuk Brazil, China dan Thailand.

“Bekalan gula mentah ini kita beli daripada beberapa negara lain sebab kita tiada projek tanam tebu dalam sekala besar .

“Saya fikir tanah pun tak begitu sesuai dan di Negeri Sembilan ini pernah dibuat projek penanaman tebu pada awal 60-an dan 70-an dan didapati kandungan gula dalam tebu itu tidak berapa cukup,”katanya . – BERNAMA

Tags: gulaTan Sri Mohd Isa Abdul Samad
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

Tiada Kenaikan Harga Gula – Fuziah

30/06/2024
1

SUNGAI BAKAP - Tiada sebarang kenaikan harga gula yang akan dibuat setakat ini. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Perkara itu...

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

Gantung Lesen Jika Jual Gula Lebih Harga Kawalan

06/06/2023
0

KUALA LUMPUR: Peniaga yang didapati sengaja menjual harga gula melebihi harga kawalan, menyorok bekalan dan menetapkan pembelian gula secara bersyarat,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd