• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Negeri Nafi Beri Bonus Rakyat 1Perak Ku

oleh Ahmad Albab
25/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

IPOH – Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan penularan mesej kononnya kerajaan negeri memberi ‘Bonus Rakyat 1Perak Ku (BR1PK)’ menerusi aplikasi WhatsApp sejak semalam.

Beliau berkata penularan mesej palsu itu merupakan tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang berniat jahat terhadap kerajaan negeri.

“Mesej palsu begini sengaja diwujudkan bagi menimbulkan perasaan marah rakyat terhadap kerajaan negeri kita, ini tidak lebih daripada hanya perang propaganda pihak-pihak tertentu.

“Ramai orang telah menelefon untuk mendapatkan kepastian berkaitan perkara ini namun saya ingin nasihat rakyat ambil maklum bahawa tiada perkara seperti ini,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis pecah tanah pembinaan bangunan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di Basco Avenue, di sini hari ini.

Dalam mesej itu, satu link disertakan bagi memohon bonus berkenaan yang kononnya menawarkan RM750 kepada semua rakyat Perak yang berumur 16 hingga 55 tahun yang dibuka sehingga 29 Mei depan.

Sehubungan itu, Zambry meminta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan untuk melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya satu tindakan keras dapat diambil terhadap pihak tidak bertanggungjawab berkenaan.

“Saya harap SKMM akan tangkap mereka ini, tidak boleh biarkan eleman-elemen seperti ini berleluasa yang boleh mewujudkan suasana tidak baik dalam masyarakat,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Zambry berkata kerajaan negeri tiada perancangan untuk menempatkan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah di kawasan baharu buat masa ini, bagaimanapun sedang mengadakan beberapa siri perbincangan dengan pihak Unit Perancang Ekonomi berhubung perkara ini.

“Saya tidak nafikan kami telah mengadakan beberapa siri perbincangan tapi biarlah saya umum apabila sampai waktunya, kalau sekiranya ada apa-apa perkembangan terkini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

“Saya Akan Dapatkan Maklumat Daripada Pihak UM” – Zambry

16/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) akan mendapatkan maklumat daripada Universiti Malaya (UM) berhubung isu adegan ranjang dalam sebuah...

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

Rumah Terbuka Tok Mat Di Rantau Meriah, Zambry Puji Sambutan Luar Biasa

29/03/2026
0

RANTAU – Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Zambry Abd. Kadir memuji kemeriahan majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Menteri Luar, Mohamad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd