• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nyanyian Ke ‘Laut’, Syamel Terkejut Jadi Sasaran

oleh Ahmad Albab
25/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENYANYI Syamel memberitahu dia tidak menyalahkan penonton Anugerah MeleTOP Era 2017 (AME2017) yang mengkritik nyanyiannya sumbang dan tidak mengikut tempo pada Ahad lalu.

Katanya, dia sendiri berasa hairan dan terkejut ketika menonton siaran ulangan dan tidak mengetahui bahawa nyanyiannya kedengaran sumbang apabila ditonton di televisyen.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku, tetapi bila saya lihat sendiri, persembahan saya memang ke laut.

“Semasa membuat persembahan secara langsung, saya rasa tiada langsung masalah dan saya rasa nyanyian saya baik mengikut tempo.

“Saya juga menghadiri sesi latihan bagi memastikan tidak akan timbul sebarang masalah ketika membuat persembahan,” katanya kepada mStar Online.

Tambah Syamel, dia juga merasa terkejut apabila dirinya menjadi sasaran penonton kerana tiada masalah yang timbul semasa membuat persembahan lagu tema AME2017 tersebut.

Jelasnya lagi, mungkin terdapat masalah teknikal yang menyebabkan suaranya kedengaran sumbang di televisyen.

“Penonton yang berada di karpet merah semua menyanyi bersama dan tiada pula beritahu saya menyanyi sumbang ketika itu.

“Saya sendiri tidak pasti mengapa dalam televisyen nyanyian saya sumbang dan ia mungkin terdapat beberapa masalah teknikal,” katanya. -MYNEWSHUB.CC

Tags: 2017AME21017Anugerah MeleTOPerasyamel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penganjur ‘Lari’, Showcase Syamel, Ernie Esok Batal

23/04/2019
0

KUALA LUMPUR - Gara-gara penganjur menyepikan diri tanpa sebarang berita, penganjuran showcase penyanyi Syamel dan Ernie Zakri sempena minggu setiausaha...

Impian Syamel Miliki Kereta Mewah Tercapai

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Berkat kerja keras sepanjang tiga tahun di bidang seni, selain amalan suka menyimpan membolehkan impian penyanyi dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd