• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, August 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pelajar Maut Dibelasah Abang Kekasih

oleh AK-47
25/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut akibat dipercayai dipukul abang kepada kekasihnya di padang permainan di Taman Sentosa, Tawau, Sabah.

Mangsa, Mohd Ayieruchizamsyah Lambang, 16, ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas diperiksa ibunya di rumah mereka di Kampung Pisang di Tawau pada kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Fadil Marsus berkata, mangsa pulang ke rumah dalam keadaan hidung berdarah pada kira-kira 7.30 malam Ahad.

Menurutnya, mangsa memaklumkan kepada ibunya yang dia dipukul oleh individu yang tidak dikenali dan tidur pada kira-kira pukul 8 malam Ahad.

“Siasatan awal mendapati,  mangsa pergi ke taman permainan Taman Sentosa untuk bertemu dengan kekasihnya yang berusia 15 tahun, dan ia disedari abang kekasihnya.

“Suspek dikatakan memarahi mereka dan mempersoalkan ke mana remaja itu merancang untuk membawa keluar adik perempuannya.

“Suspek mengarahkan adiknya pulang ke rumah sebelum menumbuk mangsa yang kemudiannya melarikan diri,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, suspek kemudian mengambil sebatang kayu dan memukul pelajar Tingkatan Empat SMK Kuhara di Tawau itu di kepala tetapi mangsa tergelincir dalam tanah berlumpur sebelum terjatuh.

Dua orang awam membantu menghentikan kejadian daripada terus berlaku dan remaja tersebut dibenarkan pulang ke rumah.

Beliau berkata, polis percaya motif kejadian adalah berikutan suspek melarang mangsa daripada terus menjalinkan hubungan dengan adiknya, yang sebelum itu lari dari rumah bersama mangsa.

Susulan kejadian itu, polis menahan seorang buruh yang dipercayai abang kekasih mangsa berusia 19 tahun yang tidak mempunyai dokumen untuk siasatan berhubung kematian remaja berkenaan.

Polis turut menahan kekasih mangsa untuk membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan.-MYNEWSHUB.CC

Video dibawah sekadar hiasan.

Tags: dipukulkekasihmautpelajar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

Asyraf Wajdi Mohon Doakan 2 Pelajar MRSM Hilang Berjaya Ditemui

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki meminta orang ramai mendoakan dua pelajar Maktab...

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

PMX Anwar Dukacita Tiga Anggota Polis Maut, Arah Siasatan Menyeluruh

07/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melahirkan rasa dukacita terhadap tragedi tiga anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd