• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia-Korea Utara Di Gelanggang Berkecuali

oleh Ahmad Albab
26/04/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bertegas mahu perlawanan kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara pada 8 Jun ini diadakan di gelanggang berkecuali.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata pihaknya masih kekal dengan pendirian itu walaupun Persatuan Bola Sepak Korea Utara (PRKFA) mahu perlawanan berkenaan dilangsungkan di Pyongyang.

“Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) sebagai penganjur akan memutuskan perkara ini. PRKFA ada menghantar surat kepada AFC menyatakan keinginan mereka bermain di Pyongyang dan memberi jaminan keselamatan terhadap skuad negara,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung tahunan Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBMM) yang disempurnakan Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi di sini, hari ini.

Hamidin berkata AFC mahukan surat daripada kerajaan, sama ada dari Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ataupun Kementerian Luar bagi mengukuhkan permintaan FAM.

“Kita akan adakan satu mesyuarat bersama KBS yang akan dipengerusikan Ketua Setiausahanya, Datuk Lokman Hakim Ali bagi membincangkan perkara ini.

“Yang penting, saya bersama Presiden, Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pegawai tertinggi FAM sepakat tidak mahu aksi Harimau Malaya dengan Korea Utara berlangsung di sana (Pyongyang).

Sementara itu, Hamidin turut mengesahkan semua aksi skuad negara bagi kempen kelayakan Piala Asia 2019 akan berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor.

Beliau berkata FAM mempunyai strategi tersendiri selain faktor kemudahan dan infrastruktur di stadium itu yang memenuhi kriteria.

“Kita juga sudah hantar surat kepada AFC. Sebelum ini gelanggang kita di Stadium Shah Alam, Selangor dan Stadium Nasional, Bukit Jalil, tapi kali ini kita telah bermesyuarat untuk bermain di Larkin bagi semua perlawanan pusingan kelayakan itu,” katanya.

Pertemuan Malaysia dan Korea Utara seharusnya dilangsungkan pada 28 Mac lepas tetapi terpaksa ditangguhkan atas permintaan FAM yang mahu ia dilangsungkan di gelanggang berkecuali.

Ini berikutan ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara selepas pembunuhan Kim Jong-nam, abang kepada pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un di Lapangan Terbangan Antarabangsa KL 2 (klia2) pada 13 Febi lepas. – BERNAMA

Tags: FAM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

Pendaftaran Pemain Naturalisasi Dan Pemain Warisan Dua Perkara Berbeza – MFL

18/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) sekali lagi menegaskan pendaftaran pemain kelab Johor Darul Ta’zim (JDT)...

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

Tunku Mahkota Ismail Dedah Ada Pihak Dalam FAM Tak Puas Hati Tak Dapat Buat Duit, Minta Projek 

10/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail mendedahkan terdapat beberapa pihak dalam Persatuan Bolasepak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd