• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APMM Patah Cubaan Seludup Rokok Lebih RM700,000

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ALOR GAJAH – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya mematahkan cubaan menyeludup kira-kira 100,000 karton rokok bernilai lebih RM700,000 termasuk duti import dalam operasi di perairan Umbai di Jasin, di sini, awal hari ini.

Pengarah Maritim Daerah Lima Kuala Linggi, Kapt Maritim Ahmad Faridi Ferdaus berkata rokok seludup jenama U2 yang melibatkan cukai import lebih RM400,000 itu dipercayai dibawa masuk dari Indonesia untuk dijual di pasaran tempatan.

Beliau berkata pihaknya turut merampas sebuah bot gentian kaca dengan empat enjin jenis Yamaha bernilai RM250,000 dalam operasi bermula kira-kira 1 pagi itu.

“Operasi ini merupakan hasil risikan kita dan seramai lima anggota APMM termasuk seorang pegawai menggunakan Bot Petir 84 berjaya mengesan sebuah bot pancung dari arah Bengkalis Indonesia yang mencurigakan kira-kira tiga batu nautika dari Pulau Undan.

“Ketika itu, bot tersebut telah berhenti di sebuah jeti persendirian di Umbai dan lebih daripada tiga individu dipercayai sedang melakukan kerja pemunggahan rokok seludup kira-kira 2.30 pagi,” katanya pada sidang media di sini.

Bagaimanapun, katanya, kumpulan suspek berkenaan berjaya melarikan diri ke darat sebaik menyedari kehadiran anggota APMM.

Katanya, daripada hasil siasatan, APMM mendapati terdapat 200 kotak rokok yang setiap satu mengandungi 50 karton, ditutup dengan kanvas di dalam bot pancung berkenaan dan sebahagian daripadanya sempat dipunggah ke jeti tersebut.

Ahmad Faridi berkata rokok seludup berkenaan mendapat permintaan tinggi kerana harga yang murah sekitar RM4 sebungkus dan rampasan berkenaan merupakan yang pertama bagi tahun ini.

Beliau berkata suspek yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan rokok tersebut dipercayai turut berasal dari Indonesia dan mereka menggunakan jeti persendirian sebagai lokasi pendaratan bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.

“Rokok seludup berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Kastam untuk tindakan lanjut di bawah Akta Kastam 1967,” katanya.

Beliau meminta kerjasama orang ramai memberi maklumat berkaitan kesalahan maritim dengan menghubungi talian hotline 06-3876804. – BERNAMA

Tags: Rokok Seludup
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerana RM3, Asyraf Terpaksa Beraya Dalam Penjara

Polis Kelantan Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih RM4 Juta

07/04/2024
0

Kota Bharu: Polis Kelantan merampas 27,350 karton rokok seludup bernilai lebih RM4.1 juta yang dimuatkan dalam treler di Jalan Sultan...

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

Maritim Malaysia Rampas 410,000 Batang Rokok Seludup

08/02/2023
0

KUALA TERENGGANU: Maritim Malaysia Terengganu mematahkan cubaan penyeludupan rokok selepas merampas 410,000 batang rokok putih yang bernilai hampir RM250,000 dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd