• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Reputasi Roslan Shah Tercalar Kerana Datuk Vida

oleh AK-47
24/04/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HOS terkenal Roslan Shah melahirkan perasaan kecewanya apabila pengasas produk kecantikan Qu Puteh, Datuk Seri Hasmiza Othman membatalkan, kehadirannya di saat-saat akhir pada majlis yang bakal berlangsung di Singapura hujung bulan ini.

Menurut Roslan, 47, pembatalan tersebut telah menjejaskan reputasi dan nama baik beliau kepada pihak penganjur yang mahukan Vida pada majlis tersebut.

Memetik mStar, Roslan berkata, “Saya terkilan kerana iklan dan poster yang menguar-uarkan tentang kehadiran Datuk Vida pada majlis itu sudah pun dinaikkan.”

“Malah, saya sudah pun mengatur sesi promosi dan temuramah dengan sebuah radio di sana pada 29 April ini. Apa yang saya kecewa dia tidak menjawab mesej dan telefon saya untuk menjelaskan situasi berkenaan untuk saya terangkan kepada penganjur,” katanya.

Majlis yang sepatutnya dihadiri Vida, The Grand Wedding Expo di Singapura itu bakal berlangsung pada 28 April hingga 1 Mei ini.

“Pihak penganjur pastinya memberi tanggapan buruk kepada saya selepas ini,” luahnya lagi.

Sementara itu, Vida menyatakan dia mempunyai alasan tersendiri mengenai ketidakhadirannya dalam majlis yang sudah dijanjikan itu.

Malah pengusaha kecantikan itu juga sudah menghubungi pihak penganjur serta memohon maaf di atas kesulitan yang ditimbulkannya.

“Saya minta maaf dan mengakui saya sudah bersetuju pada awalnya kerana Roslan menghubungi saya sendiri dan sebagai kawan sudah tentu saya mahu datang.

“Tapi bila pengurus saya menyusul jadual, majlis itu bertindih dengan perkara yang lebih penting, yang tidak boleh saya beritahu. Namun, saya sudah berjanji kepada pihak penganjur untuk menyertai majlis itu pada masa akan datang,” katanya lagi.

Menurut Vida lagi, ketidakhadirannya pada majlis itu pastinya tidak akan mencacatkan perjalanan acara memandangkan ramai lagi selebriti popular yang turut serta dalam program tersebut. – MYNEWSHUB.CC

Tags: datuk vidaRoslan Shahselebriti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Kereta Antara 727 Barang Milik Datuk Vida Berjaya Dilelong RM1 Juta

Tiga Kereta Antara 727 Barang Milik Datuk Vida Berjaya Dilelong RM1 Juta

30/10/2025
0

IPOH: Sebanyak 727 harta yang disita milik usahawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau lebih dikenali sebagai Datuk Vida berjaya...

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

Tiga Selebriti Dipanggil SPRM Minggu Ini

03/02/2025
0

KUALA LUMPUR: Tiga selebriti termasuk seorang penyanyi terkenal bakal dipanggil memberi keterangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada pada minggu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd