• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Watson Buat Laporan Polis Tindakan Hina Bapanya

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MIRI – Bekas pelari pecut kebangsaan Watson Nyambek hari ini membuat laporan polis berikutan tindakan biadap pengacara rancangan komedi terbitan sebuah syarikat televisyen swasta yang menyamakan mendiang bapanya dengan binatang.

Watson tiba di perkarangan Balai Polis Pusat Miri pukul 9.20 pagi ditemani isterinya Felliza Michael Samdon serta lebih 20 orang yang mewakili 10 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) terus memasuki balai untuk membuat laporan polis pada 9.58 pagi.

Sejurus selesai membuat laporan polis, Watson, 41 yang kini menjadi jurulatih sukan sepenuh masa, berkata laporan polis dibuat untuk membolehkan siasatan dijalankan ke atas stesen televisyen, penerbit dan pengacara rancangan komedi itu.

“Perkara ini telah mengaibkan saya dan keluarga saya, tindakan tegas perlu diambil, saya mahu polis siasat motif sebenar mereka bertindak demikian,” katanya.

Beliau berkata walaupun permohonan maaf telah dibuat secara terbuka namun laporan polis tidak akan ditarik balik memandangkan kesalahan dilakukan oleh pihak terbabit amat serius dan sukar baginya untuk memaafkan tindakan biadap pengacara berkenaan.

Watson berkata beliau tetap akan meneruskan tindakan undang-undang dan tidak akan berunding walaupun pihak televisyen swasta berkenaan berhasrat untuk bersemuka dengannya di sini.

Beliau juga menyatakan hasrat untuk menyaman malu syarikat televisyen swasta tersebut dan akan mencari peguam yang bersedia untuk membantunya.

Semalam Watson meluahkan rasa kecewa serta berang selepas menonton rancangan tersebut di sebuah hotel di Sibu pukul 11.15 malam pada Sabtu lepas apabila seorang pengacara lelaki mengejek nama mendiang bapanya yang juga bekas anggota polis dengan bunyi binatang.

Luahan Watson mendapat reaksi serta perkongsian ratusan netizen yang mahu Watson menyaman stesen televisyen berkenaan serta mengutuk tindakan rancangan tersebut yang menghina bapanya.

Watson yang memegang rekod kebangsaan 100m iaitu 10.30 saat selama 18 tahun sebelum dipecahkan Khairul Hafiz Jantan yang melakukan 10.18s pada Sukma Sarawak tahun lepas, diisytiharkan muflis selepas gagal membayar balik pinjaman bank yang digunakan untuk menanggung kos perubatan bapanya yang menderita barah telinga.

Bagaimanapun, beliau dibebaskan daripada status muflis selepas kerajaan Sarawak membayar balik tunggakan pinjaman sebanyak RM80,000 itu. – BERNAMA

Tags: Watson Nyambek
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Watson Nyambek Nafi Laporan Beliau Jutawan Bitcoin

19/11/2018
0

MIRI - Bekas jaguh pecut negara Watson Nyambek hari ini menafikan laporan yang dikatakan berita dan dikongsi menerusi laman sosial...

Watson Nyambek Antara Pembawa Obor Sukan SEA

11/06/2017
0

MIRI - Bekas pelari pecut kebangsaan, Watson Nyambek merupakan antara pembawa obor Sukan SEA ke-29 yang diadakan di Taman Negara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd