• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Modal Insan Penentu Kejayaan Negara

oleh Ahmad Albab
24/04/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V bertitah kualiti modal insan negara adalah penentu utama kejayaan Malaysia pada masa hadapan.

Baginda bertitah hanya dengan modal insan yang berkualiti, rakyat dapat meningkatkan produktiviti dan daya saing serta mampu menerokai dan memanfaatkan kelebihan dan sumber yang dimiliki.

“Setiap dari rakyat Malaysia perlu memainkan peranan dan tanggungjawab mereka dan rakyat tidak boleh cuai dan alpa dalam melaksanakannya kepada negara,” titah Seri Paduka pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, di Istana Negara, di sini hari ini.

Sultan Muhammad V turut mengingatkan generasi muda sebagai pelapis negara untuk sentiasa melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran.

Seri Paduka bertitah bahawa tidak ada noktah dalam menuntut dan mencari ilmu serta kemahiran yang amat diperlukan negara.

Yang di-Pertuan Agong bertitah, apa jua yang dilakukan kerajaan hari ini akan diwarisi oleh generasi muda sebagai penerus perjuangannya.

Oleh demikian, Seri Paduka mahu semua generasi muda untuk merebut dan memanfaatkan segala peluang yang disediakan kerajaan demi kelangsungan negara.

“Beta berharap rakyat Malaysia terus berpegang teguh kepada nilai akhlak, moral dan etika yang baik.

“Jadilah insan yang mulia, insan yang berilmu dan berpekerti tinggi serta menyedari akan tanggungjawabnya kepada negara,” titah Seri Paduka.

Sultan Muhammad V bertitah walaupun negara sedang dilanda kelembapan ekonomi, namun pelbagai langkah khusus yang diambil kerajaan telah berjaya mengatasi tekanan dari luar terhadap ekonomi negara terutamanya dalam menangani penyusutan nilai ringgit.

Titah baginda, pada masa sama rakyat juga perlu menunjukkan sokongan penuh kepada strategi yang dirangka kerajaan bagi memulihkan ekonomi negara.

“Kita tidak akan mampu melangkah lebih jauh sekiranya kita tidak bersama-sama dalam usaha-usaha meningkatkan ekonomi kita hari ini,” titah baginda.

Sultan Muhammad V juga bertitah tahun 2017 membawa makna yang besar kepada baginda kerana selain ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15, negara juga akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-60.

Justeru, Seri Paduka berharap sambutan kemerdekaan negara akan disambut dengan suasana meriah dan harmoni, selain sambutan itu berdekatan dengan Hari Raya Aidiladha yang disambut seluruh umat Islam.

“Sebagaimana yang telah terbukti, bahawa rakyat pelbagai kaum yang menganuti pegangan agama yang berbeza serta mengamalkan budaya dan gaya hidup bervariasi mampu hidup dalam keadaan aman harmoni dan saling hormat-menghormati.

“Beta berharap rakyat Malaysia akan terus bersatu mengekalkan perpaduan, bertolak ansur, bersepakat dalam memikul tanggungjawab terhadap negara yang berdaulat kerana ini merupakan keunikan dan sumber kekuatan kita selama ini,” titah baginda.

Mengakhiri titah baginda, Sultan Muhammad V menzahirkan penghargaan kepada kerajaan dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta barisan anggota Kabinet atas sokongan berterusan kepada Seri Paduka untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan.

“Beta yakin dengan semangat muafakat dan persefahaman yang padu antara kita, Beta akan dapat menunaikan tanggungjawab Beta dengan lebih berkesan, InsyaAllah.

“Beta juga berharap agar Paduka Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dapat memberi titah, pandangan dan nasihat dalam memastikan Malaysia terus menjunjung kedaulatan Raja Berpelembagaan di tanah bertuah ini,” titah Sultan Muhammad V.

Yang di-Pertuan Agong turut menzahirkan rasa terharu dan berbesar hati atas ikrar taat setia dan tanda kasih kepada baginda yang telah dilafazkan Perdana Menteri yang mewakili pihak kerajaan, anggota perkhidmatan awam, anggota keselamatan dan seluruh rakyat semasa istiadat pertabalan hari ini. – BERNAMA

Tags: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiada Pengesahan Agong Telah Berkahwin – PM

29/11/2018
0

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak mempunyai sebarang pengesahan rasmi berhubung dakwaan...

Agong Kahwini Wanita Rusia?

24/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V, dilaporkan berkahwin dengan ratu cantik Moscow yang dikenali sebagai Oksana Voevodina...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd