• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIB Bukti Komitmen BN Bangunkan Taraf Hidup Kaum India

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelan Tindakan Masyarakat India Malaysia (MIB) merupakan komitmen dan kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus membangunkan taraf hidup kaum India di negara ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata pelan tindakan itu, yang dirangka untuk membantu masyarakat berkenaan terutama golongan B40 (golongan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah) , dihasilkan dengan teliti melalui pendekatan secara menyeluruh dan inklusif.

“MIB ialah satu pelan realistik untuk kita bergerak ke hadapan. Ia adalah pelan yang boleh dilaksanakan dan dicapai,” kata beliau semasa berucap melancarkan MIB di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Presiden MIC Datuk Seri Dr S. Subramaniam yang juga Menteri Kesihatan, Presiden MCA yang juga Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Ali Hamsa.

Najib yang juga Pengerusi BN menegaskan bahawa MIB bukan satu retorik dan tidak mempunyai kaitan dengan pilihan raya umum akan datang kerana proses penghasilannya bermula sejak Mei 2015.

“Ada pihak tertentu yang kata pelan tindakan ini sahajalah yang kita lakukan. Tetapi hakikatnya perbuatan mereka menunjukkan ia satu lagi berita palsu yang dibuat oleh pihak yang sinis dan terdesak.

“Biar saya nyatakan di sini bahawa perjalanan untuk mengubah nasib sosioekonomi kaum India telah kita mulakan sejak 2009 lagi dan kita telah mencapai banyak kejayaan.

“Dan kerajaan berpendapat bahawa dengan MIB ini, kita dapat satukan segala usaha kita dalam bentuk dokumen, lebih-lebih lagi kita gariskan apa yang kita nak capai,” kata Najib.

Perdana menteri berkata pelan itu juga mencatat sejarah tersendiri kerana ia merupakan dokumen rasmi pertama yang dirangka dan dilaksanakan kerajaan BN khusus untuk masyarakat India di negara ini.

Najib berkata perjalanan inisiatif yang digariskan di dalam dokumen itu akan dipantau Jawatankuasa Khas Kabinet Masyarakat India (CCIC) yang dipengerusikan beliau manakala pelaksanaannya akan dipantau Jawatankuasa Exco yang dipengerusikan Dr Subramaniam.

Pada majlis itu, Najib turut mengumumkan beberapa inisiatif yang dirangka khas untuk menaik taraf sosioekonomi masyarakat India, yang termasuk peruntukan sebanyak RM500 juta bagi skim dana saham di bawah Permodalan Nasional Berhad khusus untuk kumpulan sasar dalam golongan B40.

Beliau berkata kerajaan juga akan melakukan intervensi tertentu untuk meningkatkan enrolmen pelajar India di institusi pengajian tinggi awam seperti universiti, kolej, dan politeknik kepada sekurang-kurangnya 7 peratus.

“Saya juga bersetuju agar satu sistem kelulusan khas dapat dilaksanakan oleh Kementerian Dalam Negeri bagi membantu golongan kaum India yang menetap atau dilahirkan di Malaya sebelum 1957, untuk mendapat kewarganegaraan.

“Ini adalah selaras dengan pengorbanan dan sumbangan mereka kepada negara kita selama ini,” kata perdana menteri.

Najib berharap semua pihak terlibat serta masyarakat India Malaysia sendiri dapat memberi komitmen dan sokongan padu dalam usaha merealisasikan objektif pelaksanaan pelan tindakan itu. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakKaum India
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd