• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perodua Bezza Dapat Pengiktirafan Majlis Rekabentuk Malaysia

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perodua Bezza dinobatkan sebagai kereta terbaik oleh Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM), agensi di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi kategori produk pengangkutan dan kawasan awam 2016.

Anugerah berkenaan telah diserahkan oleh MRM dalam satu majlis Anugerah Reka Bentuk Terbaik Malaysia 2016/2017 pada 18 April lepas.

Dalam satu kenyataan, Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh menyifatkan pengiktirafan itu sebagai satu penghargaan terhadap usaha gigih bagi menghasilkan sebuah kereta berjenama Malaysia dengan ciri-ciri standard global.

Perodua Bezza merangkul anugerah ‘Kereta Malaysia Terbaik’ dan ‘Kereta Penampilan Baharu’ Frost & Sullivan 2017, baru-baru ini.

“Pengiktirafan ini akan membantu kami untuk terus mempertingkatkan keupayaan yang diharapkan dapat melangkaui jangkaan pelanggan. Ini kerana kami sememangnya yakin dengan pendirian untuk sentiasa menambah baik aktiviti sedia ada,” katanya.

Bahagian atas badan Perodua Bezza itu direka sepenuhnya oleh Perodua dan merupakan kereta sedan nasional pertama berstatus Kenderaan Cekap Tenaga (EEV).

Ia dilancarkan pada 21 Julai, 2016 dan merupakan sedan paling laris bagi suku pertama 2017 dengan jualannya melebihi 15,900 unit.

Malah, sebanyak 50,900 unit kereta itu telah dijual sejak Julai tahun lepas. – BERNAMA

Tags: Bezza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Terpegun – Abang Polis Jadi Hulk…Kepak Pintu Bezza Camtu Aje

Netizen Terpegun – Abang Polis Jadi Hulk…Kepak Pintu Bezza Camtu Aje

19/12/2025
0

Video Tular Cetus Pelbagai Reaksi Oleh Mynewshub  KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dilihat mengepak pintu...

Perodua Bezza Menangi Anugerah ‘Kereta Terbaik’

16/04/2017
0

KUALA LUMPUR - Perodua Bezza telah memenangi anugerah 'Kereta Malaysia Terbaik' dan 'Kereta Penampilan Baharu' Frost & Sullivan 2017. Perusahaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd