• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 110,000 Orang Kunjungi MSAM 2017 Di Dataran Temerloh

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEMERLOH – Lebih 110, 000 pengunjung direkodkan hadir sepanjang tempoh tiga hari penganjuran Minggu Saham Amanah Malaysia (MSAM) 2017 di Dataran Temerloh bermula 20 April sehingga malam tadi.

Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata berdasarkan jumlah kehadiran yang memberangsangkan itu, beliau yakin sasaran untuk mencapai 150,000 pengunjung sehingga hari akhir penganjuran program itu pada 25 April ini akan dapat dicapai.

“Kehadiran ramai pengunjung ke MSAM 2017 ini menunjukkan masyarakat kita semakin celik tentang pentingnya mendapatkan pengetahuan berkaitan cara menguruskan kewangan dan pelaburan dengan baik.

“Sejak MSAM dianjurkan pada tahun 2007, ia banyak mengubah tanggapan masyarakat terhadap kepentingan simpanan dan pelaburan dan ini juga dapat dilihat dengan pertambahan dari semasa ke semasa jumlah pelabur yang menyimpan dalam skim dana amanah yang ditawarkan PNB ,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis makan malam penghargaan MSAM 2017 di sini malam tadi yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Kebudayaan negeri Datuk Seri Mohd Sharkar Shamsudin.

Sehubungan itu, katanya PNB akan terus menjalankan usaha untuk memupuk kesedaran dan mendidik orang ramai terutama di kalangan generasi muda dan pelajar sekolah agar terus menyimpan serta melabur demi masa depan mereka. – BERNAMA

Tags: MSAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PNB Kini Institusi Unggul Selepas 40 Tahun Penubuhan

20/04/2018
0

BATU PAHAT - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Permodalan Nasional Bhd. (PNB), yang ditubuhkan 40 tahun lepas,...

Masyarakat Orang Asli Sambut Baik MSAM 2016

27/04/2016
0

TAPAH - "Penganjuran MSAM 2016 memberi peluang kepada masyarakat Orang Asli membuka akaun pelaburan Amanah Saham Bumiputera (ASB)," kata Sima...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd