• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FAM: Hentikan Budaya Merompak

oleh AK-47
23/04/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENAJA utama The Red Warriors memulakan perang perubahan terhadap FAM sebagai episod baharu sejak Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengambil alih jawatan Presiden.

Walaupun serangan ditujukan kepada agen penswastaan Liga M, iaitu FMLLP, mesejnya jelas kepada TMJ.

Selain mengimbangi doktrin awal TMJ yang menghala ke isu kewangan dalaman FAM, Annuar mahukan Presiden melihat secara fokus isu FMLLP yang dianggap penyangak kewangan yang merampas banyak pendapatan pasukan yang bertanding dalam Liga M.

Isu geran RM2 juta yang berikan FAM serta realiti kos antara RM15 juta hingga RM25 juta sebagai kos asas menyertai Liga M dibangkitkan.

FAM bagi Annuar secara lateral, tidak boleh bermain dengan isu hutang lapuk RM39 juta seperti yang diwarwarkan TMJ, serta menjadikan isu hutang sebagai perisai untuk mengelakkan tanggungjawab menyelesaikan isu rompakan hak perkongsian penyiaran televisyen yang sejak lama dianggap sebagai merompak hak pasukan liga M.

“Dari dulu saya dah cakap liga kita perlu kepada penelitian menyeluruh. Model liga perlu dibaiki supaya menjadi berdaya maju bukan ikut peraturan survival of fittest kerana liga adalah satu bisnes model yang perlu dibentuk dan dijaga dengan baik.

“Model sekarang bergantung pada ihsan dan kuasa individu. Tanpa individu tertentu dalam pasukan, kantung menjadi kering. Banyak (pasukan) bergantung pada ihsan pemimpin negeri dan bila negeri tak bantu maka persatuan jatuh miskin,” kata Annuar.

Malah, TMJ ketika berada di luar FAM juga sering menyuarakan isu yang sama.

Jadi bukan FMLLP sebagai sasaran. Isu ini sebenarnya untuk tindakan TMJ selaku presiden baharu yang semasa berkempen nampak banyak sangat menjanjikan pembaharuan.

Kita yakin, dalam lima tahun terdekat Harimau Malaya tidak akan menjadi Top 10 Asia. Bukan mengutuk, realiti model pembangunan sekarang serta ketiadaan pembaharuan dalam struktur Liga M akan meletakkan pasukan kebangsaan kekal takuk lama.

TMJ bukan ahli sihir bolasepak. JDT mencanak naik kerana faktor lambakan kewangan. Cakaplah apa saja sistem digunakan JDT, temanya semua pencapaian itu dibeli dengan modal wang yang besar.

Bagi Annuar, model FMLLP yang lebih bersifat merompak pendapatan pasukan Liga M perlu dijadikan agenda utama TMJ untuk tindakan drastik.

TMJ kalau terus membebel isu hutang lapok, ia hanya menjadikan isu hutang perisai untuk mengelak komitmen memenuhi agenda kewangan pasukan Liga M. TMJ kena selesaikan model perniagaan FMLLP yang berat sebelah dan bersifat merompak.

Ini bolasepak Malaysia. Kita sebenarnya sudah mabuk todi dengan janji-janji dalam sejarah kepimpinan FAM. Janji-janji orang FAM kerapnya sama kotor macam janji politik juga.

Sekarang era baharu. Samada kita nak cakap isu hutang lapuk dan terus menyindir kepimpinan lama, atau bergerak ke depan dengan model perniagaan lebih konkrit.

Kalau FAM kekal dengan model mahukan pasukan Liga M terus mengemis dana Kerajaan Negeri sebagai penaja, maka kepimpinan baharu samalah macam Wak Asil Balik Asal.

Menurut Annuar, rejim bisnes FMLLP, kini semakin menyeksakan pasukan Liga M terutama ketika banyak Kerajaan Negeri tidak lagi memewahkan tajaan kepada pasukan dan kelab negeri.

“Banyak pasukan berdepan masalah dan siapa sangka, pasukan seperti Selangor yang merupakan di antara dalam kalangan gergasi bola sepak negara juga turut terpalit dengan isu berkenaan.

“Kalau Selangor pun terpaksa alami masalah bagaimana pula pasukan lain?”

Ini sindiran sarkastik Annuar. Sebagai peringatan: Tindakan memberikan geran RM500 ribu baru-baru ini bukan bukti akhir, FAM sudah melakukan reformasi besar.

RM500 ribu dalam demand Liga M hanyalah sebutir kacamg untuk seekor beruk.

“Kongsi pendapatan hak penyiaran dengan pasukan…besarkan (nilai) hadiah liga mengikut kedudukan prestasi pasukan. Ini tidak… FMLLP sendiri gagal mencapai sasaran penajaan. Kononnya membeli hak penyiaran liga tak bayar seperti dijanjikan.”

Cerahkan keadaan. Manipulasi dan rompakan harus dihentikan. Ia jenayah dalam bolasepak! – MYNEWSHUB.CC 

Tags: bola sepakFAM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

Serahkan Semula Bola Sepak Kepada Rakyat – Tunku Mahkota Ismail

29/04/2026
0

KUALA LUMPUR – “Kalau awak semua nak cakap pasal solusi, saya ada solusi untuk selamatkan liga.” Demikian tegas pemilik kelab...

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

Salam 100-0: Kisah 14 Tahun Bola Sepak Johor Penuh Suka Dan Duka

07/04/2026
0

PETANG tadi ketika memandu di ibu negara, mata saya terpaku pada satu sticker kecil Harimau Selatan ditampal di sebuah kereta....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd