• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

5,500 Rumah PR1MA Akan Dibina Di Perlis – Azlan Man

oleh Ahmad Albab
23/04/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Sebanyak 5,500 rumah di bawah Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) akan dibina dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) bagi memenuhi permintaan rakyat Perlis, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata projek PR1MA itu termasuk empat yang telah diluluskan kerajaan negeri adalah sebahagian daripada 10,000 rumah pelbagai kategori yang dijanjikan kerajaan untuk semua lapisan rakyat.

“Kita mungkin tidak dapat menyelesaikan semua projek ini dalam tempoh yang diberikan tetapi kita telah menyiapkan sebahagian besar projek yang dirancang khususnya rumah mampu milik, kos sederhana dan rendah.

“Beberapa projek baharu perumahan kos tinggi di Kangar untuk memenuhi permintaan yang ada, juga akan dilancarkan dalam masa terdekat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan projek perumahan Saujana Idaman Fasa Dua di Kubang Gajah di sini, hari ini.

Menurutnya projek terbaru PR1MA di Kuala Perlis membabitkan 1,100 unit telah dimulakan manakala di Jejawi, Kangar (870 unit); Kubang Gajah (507) dan Padang Siding (lebih 2,000) kedua-duanya di Arau, dijangka bermula tidak lama lagi.

Azlan berkata projek pertama PR1MA di Padang Siding sebanyak 230 unit yang berharga di bawah RM300,000 seunit mendapat sambutan menggalakkan dan telah habis dijual.

Menurutnya, kerajaan Perlis akan menyediakan lebih banyak rumah mampu milik kerana kira-kira 71 peratus rakyatnya berpendapatan di bawah RM5,000 sebulan.

Mengenai Saujana Idaman, Azlan berkata projek itu dilaksanakan dalam empat fasa oleh Detik Ventures Sdn Bhd membabitkan 1,330 rumah pelbagai kategori termasuk 63 rumah kedai dan dijangka siap sepenuhnya dalam masa tiga tahun.

Fasa pertama mengandungi 448 rumah termasuk 120 rumah kos rendah berharga antara RM42,000 dan RM68,000 telah siap dan di kawasan tapak berhampiran juga akan dibina 507 unit PR1MA, kata Azlan. – BERNAMA

Tags: PR1MA
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

Pembeli PR1MA Seremban Boleh Masuk Rumah 1 Jun Ini – PM

07/05/2023
0

SEREMBAN: Seramai 891 pemilik unit Perumahan 1Malaysia (PR1MA) Residensi Seremban Sentral di sini yang sebelum ini membantah tindakan pemaju gagal...

Rakyat Malaysia Tanpa Slip Gaji, Kini Lebih Mudah Buat Pinjaman Perumahan – PM

04/03/2022
0

JOHOR BAHRU: Golongan Keluarga Malaysia yang tidak mempunyai slip gaji, kini boleh membuat pinjaman untuk membeli rumah idaman masing-masing, kata...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd