• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geng 24: Sembilan Lagi Pelajar Sekolah Ditahan

oleh Ahmad Albab
22/04/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Sembilan lagi pelajar dari tiga buah sekolah di Klang, Selangor ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd. Fuad Abdul Latiff berkata kesemua pelajar itu ditahan susulan penahanan 18 pelajar dan lima indivdu lain semalam melalui Operasi Cantas digerakkan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

Beliau berkata mereka yang ditahan merupakan masing-masing enam pelajar tingkatan lima, dua pelajar tingkatan empat dan seorang pelajar tingkatan satu, masing-masing berumur antara 15 dan 17 tahun.

“Kesemua pelajar telah disoal siasat bagi mengenal pasti motif dan punca penglibatan mereka dengan geng itu. Setakat ini kita tidak dapat pastikan lagi motif mereka.

“Tetapi semasa ditahan kita mendapati ada kek dan acara memotong kek yang dipercayai untuk meraikan penubuhan atau berupa satu ulang tahun,” katanya.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui pemberita selepas menghadiri acara larian PDRM-AirAsia Fun Run sempena Hari Polis ke-210 di AirAsia RedQ di sini hari ini.

Mohd. Fuad berkata sebagai sebuah pertubuhan haram, penularan Geng 24 perlu dibendung segera lebih-lebih lagi ia menyasarkan penglibatan kalangan pelajar sekolah.

Bagi menyekat penularan aktiviti berkenaan, polis kini menumpukan kepada empat sekolah di Klang yang dilihat menjadi sasaran pengembangan trend tidak sihat itu setakat ini.

Bagaimanapun, kami yakin penularan aktiviti itu di sekolah bukan diinisiatifkan oleh pelajar sebaliknya oleh ‘kepala-kepala’ dari luar yang mencari ahli dan menubuhkan geng itu di sekolah, katanya.

Sebelum itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui akaun Twitternya berkata kesemua 18 mereka ditahan Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFFOC) dan mengesahkan lebih ramai lagi akan ditangkap.

Beliau turut memuat naik dua klip video yang memaparkan sekumpulan individu termasuk pelajar berpakaian sekolah berkumpul di hadapan sebuah sekolah.

Mereka dilihat melakukan kekecohan dengan membakar mercun, memegang kain rentang tertera nombor ’24’, selain memotong kek yang mempunyai lakaran gambar beserta tulisan ‘SMK Sri Andalas 24 Apache’.

Khalid turut mengesahkan pembabitan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Andalas, SMK Raja Mahadi, SMK Shahbandar dan SM Kampung Jawa dalam aktiviti geng berkenaan. – BERNAMA

Tags: Geng 24
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kongsi Gelap: Ahli Perniagaan Bergelar ‘Datuk’ Didenda RM5,000

05/12/2019
0

KULAI - Seorang ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ didenda RM5,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini, selepas mengaku bersalah menjadi...

52 Remaja Geng 24 Didakwa Sertai Perhimpunan Haram

08/05/2017
0

KLANG - Seramai 52 remaja dipercayai terbabit dalam aktiviti kumpulan kongsi gelap Geng 24 dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd